Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

KPDNKK Tawau Rampas Gula...

TAWAU - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) cawangan Tawau merampas...

Timbalan Menteri Dakwa Kopitiam...

BUKAN tak biasa kita mendengar kes-kes objek jijik ditemui dalam makanan atau minumanƃā€šĆ‚Ā sebelum...

Pencuri Barang Kemas Terkenal...

ATLANTA - Seorang pencuri barang kemas terkenal yang pernah mendedahkan mengenai kerjaya jenayahnya...

Suntikan RM370 Juta Rangsang...

LANGKAWI - Suntikan RM370 juta di bawah Bajet 2017 yang diumumkan Perdana Menteri...

Polis Klasifikasi Kes Thaqif Sebagai Bunuh – KPN

KUALA LUMPUR – Polis mengklasifikasikan semula kes kematian pelajar tahfiz yang dilapor dipukul pembantu warden asrama sekolahnya sebagai kes bunuh.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, kematian Mohamad Thaqif Amin Mohd Ghaddafi itu akan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Kes adik Mohamad Thaqif Amin – PDRM ucap takziah kepada keluarga anak ini dan telah mengklasifikasikan semula siasatan di bawah Seksyen 302 (Kanun Keseksaan) kerana bunuh,” kata beliau di laman Twitternya hari ini.

Beliau turut mengucapkan takziah kepada ahli keluarga allahyarham Mohamad Thaqif Amin.

Berikutan itu, Khalid berkata pihak polis akan mendapatkan laporan penuh perubatan dan melengkapkan siasatan dengan segera.

“Kes adik Mohamad Thaqif Amin – PDRM akan dapatkan laporan penuh perubatan dan lengkapkan siasatan dengan segera,” kata Khalid.


Mohamad Thaqif Amin, 11, meninggal dunia pada 2.05 petang Rabu di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru, tempat pelajar itu mendapatkan rawatan.

Pelajar tahfiz itu dijadual menjalani pembedahan memotong tangan kanannya dari bahagian jari hingga bawah siku pagi tadi, namun ditangguhkan berikutan keadaan jantungnya tidak stabil.

Kedua-dua belah kakinya sebelum ini telah dipotong bagi mengelak jangkitan kuman merebak pada bahagian lain tubuhnya. –Ā BERNAMA

Kategori