Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Lelaki Rakyat Malaysia Ditemui...

HATYAI - Seorang lelaki rakyat Malaysia ditemui mati di dalam bilik sebuah hotel...

Usir, Roboh Kg Sri...

Anggota penguatkuasa yang bertugas dalam operasi tindakan pengusiran dan perobohan penempatan setinggan di...

Penahanan Ratusan Migran Cetus...

WASHINGTON - Dua minggu selepas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menandatangani perintah eksekutif...

Zul Ariffin Kunci Mulut...

SEJAK mereka menyulam cinta, pelakon Zul Ariffin mahupun kekasihnya, Zahirah Macwilson tidak pernah...

Polis Rampas Syabu 182 Gram, Tahan Lelaki Filipina

SANDAKAN – Polis merampas syabu seberat 182 gram selepas menahan seorang lelaki warga Filipina di Kampung Mangkalinau di sini, pada Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Azhar Hamin berkata lelaki berusia 25 tahun itu ditahan pada 10.40 malam dalam operasi yang dijalankan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Polis Daerah Sandakan.

“Lelaki berkenaan ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata syabu tersebut dipercayai hendak dipasarkan di sekitar daerah ini.

Dalam kes berasingan pada Jumaat lepas, Azhar berkata polis turut merampas 51 gram syabu berikutan penahanan seorang lelaki berusia 40 tahun di Kampung Forest di sini.


Beliau berkata lelaki warganegara Filipina itu ditahan pada 10.30 malam dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Menurut Azhar sepanjang tiga bulan pertama tahun ini, Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Polis Daerah Sandakan melakukan 307 tangkapan berkaitan kes dadah di daerah ini.

Beliau berkata rampasan dadah jenis syabu sepanjang tiga bulan itu adalah sebanyak 1,632,36 gram. – BERNAMA

Kategori