Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Meghan Jadi Puteri Diana...

HUBUNGAN tidak baik isteri Putera Harry iaitu Meghan Markle dengan kerabat diraja Britain...

Turki Benarkan Polis Wanita...

ISTANBUL - Turki buat kali pertama membenarkan anggota polis wanita memakai tudung sebagai...

Ketua Pemuda PAS Tidak...

KUALA LUMPUR - Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kayat tidak percaya saranan...

Kepala, Kaki, Tangan 2...

KUALA LUMPUR - Polis melancarkan operasi mencari beberapa lagi bahagian badan dua mayat...

Polis Tahan 4 Suspek Terbaru Kes Bunuh Warga Emas

KOTA BHARU – Polis yakin dapat menyelesaikan kes samun dan bunuh warga emas di Kampung Batu Mengkebang, Kuala Krai, Rabu lepas, berikutan penahanan empat lagi suspek dalam dua tangkapan berasingan pada Jumaat dan semalam.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, SAC Din Ahmad berkata penahanan itu hasil siasatan terhadap empat suspek yang ditahan sebelum ini, selain keterangan daripada saksi yang mempunyai hubung kait dengan mangsa.

“Semua suspek yang berusia antara 25 dan 40 tahun itu ditahan di kediaman masing-masing di sekitar Kuala Krai antara 10 hingga 12 tengah malam. Hasil siasatan awal mendapati seorang suspek positif dadah. Dengan keterangan yang ada, kami yakin kes ini dapat segera diselesaikan,” katanya.

Beliau kepada demikian kepada pemberita selepas melawat Wad Cempaka Hospital Raja Perempuan Zainab II sempena sambutan Hari Polis Ke-210 di sini, hari ini.

Din berkata empat suspek terdahulu akan dibebaskan dengan jaminan polis manakala empat suspek terbaru itu akan direman seminggu bermula dari tarikh ditangkap bagi membantu siasatan.


Dalam kejadian Rabu lepas, seorang warga emas Rokiah Mamat, 61, ditemui terbaring oleh anaknya, Che Hasmarizal Che Hassan, 30, dalam keadaan berlumuran darah di ruang dapur rumahnya pada 3.30 petang.

Siasatan polis mendapati suspek menggunakan senjata tajam untuk membunuh mangsa berikutan terdapat enam kesan tikaman pada belakang dan tengkuk mangsa selain keadaan rumah yang berselerak. – BERNAMA

Kategori