Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

JAWATAN KOSONG: Pegawai Pemasaran

MYNEWSHUB sedang mencari seorang pegawai pemasaran sepenuh atau separuh masa.Berminat : Hubungi 017...

Tiada Zika Di Pahang...

KUANTAN - Tiada kes jangkitan virus Zika dilaporkan di Pahang setakat ini seperti...

Yatt Hamzah ‘Happy’ Keluar...

SELASA lalu, peminat dikejutkan dengan khabar pelakon Yatt Hamzah, 35, telah memfailkan perceraian terhadap...

Model Dihukum Rakam Gambar...

SEORANG model Playboy, Dani Mathers yang merakamkan gambar bogel seorang wanita warga emas...

Polis Tumpas Geng Fikri Curi Motosikal

TANGKAK – Polis menumpaskan satu kumpulan curi motosikal dikenali sebagai Geng Fikri yang dipercayai menyasarkan mat rempit sebagai pelanggannya dalam satu operasi Op Lejang bermula 29 Mac hingga Ahad lepas.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Supt. Mohad Idris Samsuri berkata kumpulan yang terdiri daripada enam suspek berusia antara 16 dan 21 tahun itu dipercayai terlibat dalam kegiatan mencuri motosikal dan meleraikan komponen kenderaan itu di sekitar daerah ini termasuk di Melaka.

Beliau berkata kesemua tangkapan yang kini masih direman mengaku terlibat dalam kegiatan terbabit dan polis juga masih memburu seorang lagi anggota geng itu yang sudah dikenal pasti dan masih bebas.

“Polis dengan bantuan pasukan polis marin Wilayah 2 Tampoi turut menemukan 10 rangka motosikal jenis Honda EX5, Yamaha RXZ, Yamaha 125Z dan Kawasaki RR yang dibuang ke dalam sungai dan kolam.

“Dua daripada suspek berkenaan ditangkap di Rompin dan Kuantan di Pahang, manakala bakinya di sekitar Bukit Gambir dan Tangkak,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tangkak di sini hari ini.

Mohad Idris berkata polis percaya geng terbabit yang diketuai Fikri, 18, seorang buruh kasar di Bukit Gambir itu menjual enjin motosikal yang dicuri kepada pembeli terdiri daripada pelesit jalanan dengan harga hanya ratusan ringgit.


Beliau berkata kesemua suspek yang ditahan negatif dadah dan seorang daripada suspek mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan kes sama.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana curi kenderaan dan berhadapan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda. – BERNAMA

Kategori