Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Terengganu Dahului 22 Peratus...

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melaporkan peratusan keluar mengundi dalam Pilihan Raya (PRN)...

2,662 Dos Penggalak Vaksin...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 2,662 dos penggalak vaksin COVID-19 diberikan kepada kumpulan sasar,...

Harga Semua Produk Petroleum...

PUTRAJAYA - Harga runcit petrol RON95 dan diesel masing- masing kekal pada paras...

Kanak-kanak Perempuan Maut Tercampak

NILAI - Seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun lapan bulan maut dipercayai tercampak dari...

PPM Tawau Rampas 500 Karton Rokok Seludup

TAWAU – Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau merampas 500 karton rokok seludup dipercayai dari Indonesia bernilai RM16,750 dari sebuah bot laju di perairan Batu 4, dekat sini, hari ini.

Pegawai Pemerintahnya, DSP Mohd Nazri Ibrahim berkata anggota PPM yang menjalankan rondaan Op Paradise melihat sebuah bot dari Sungai Nyamuk, Indonesia menuju ke Tawau dalam keadaan mencurigakan di kawasan berkenaan pada pukul 4.10 pagi.

“Semasa Botronda Psc 6 hendak menghampiri, bot tersebut terus memecut laju dan dikejar selama 20 minit sebelum bot itu berjaya ditahan dalam keadaan bot terbalik serta kotak rokok hanyut di sekitar bot.

“Pemeriksaan lanjut ke atas kotak didapati terdapat 50 karton rokok kretek Menara Dunia (RM1,000) serta 450 karton rokok Putih Premium Gold (RM15,750) yang cuba diseludup ke Tawau,” katanya dalam kenyataan di sini.


Dalam pada itu, katanya, ketika operasi itu, seorang lelaki dipercayai juragan bot berkenaan tidak dapat ditahan ekoran air cetek dan berjaya melarikan diri dengan berenang ke tepi pantai.

Nazri berkata kes itu akan disiasat di bawah Akta Kastam 1967. – BERNAMA

Kategori