Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Veteran Tentera Mahu Tanding...

PETALING JAYA - Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menyuarakan hasrat untuk bertanding pada...

Bukan Mansuh, Malah Mahu...

KANTOI... Setelah dikritik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan gelaran 'Bapa...

Mahathir Sakit Lagi, Gagal...

ALAHAI... Tidak sampai 24 jam diumumkan sebagai calon gabungan pembangkang bagi kerusi Parlimen...

PM Itali Gesa Gencatan...

ROM: Perdana Menteri Itali, Mario Draghi menggesa gencatan senjata dilaksanakan di Ukraine bagi...

Program Belajar Berasaskan Kerja Bantu Graduan

SHAH ALAM – Program pembelajaran berasaskan kerja, antara setahun dan dua tahun yang memberi penekanan lebih kepada kemahiran dan pengalaman industri akan membantu meningkatkan kebolehpasaran graduan.

Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh berkata program dua tahun di universiti, dua tahun dalam industri (2u2i) dan program dua tahun di universiti, setahun dalam industri (2u1i) yang dilaksanakan di Universiti Awam (UA) mendapat maklum balas positif oleh pihak industri.

“Penuntut UA yang melalui dua program ini tidak akan ada masalah untuk mencari pekerjaan kerana mereka telah diberi pendedahan untuk menimba pengalaman dalam industri.

“Malah, kementerian juga boleh laksanakan 3u1i (tiga tahun di universiti, setahun dalam industri) mengikut keperluan industri. Dalam konteks ini, UA perlu bekerjasama dengan pihak industri bagi mengenal pasti bidang berpotensi yang dapat dilaksanakan,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Pelancaran Program Pembelajaran Berasaskan Kerja 2u1i Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini, hari ini.

Turut hadir, Ketua Setiausaha kementerian berkenaan, Tan Sri Dr Noorul Ainur Mohd, Naib Canselor UiTM Prof Emeritus Datuk Hassan Said, Dekan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (FKPM) Prof Azizul Halim Yahya dan Dekan Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA) Prof Datuk A. Razak Mohaideen.

FKPM dan FiTA telah diberi mandat untuk menerajui program perintis 2u1i di UiTM membabitkan 11 program pengajian mulai September ini.


Pada majlis sama, FKPM dan FiTA turut menandatangani memorandum persefahaman bersama 21 wakil industri bagi program itu.

Menerusi 2u1i, penuntut kedua-dua fakulti berkenaan yang mengikuti program ijazah selama tiga tahun akan menghabiskan tahun akhir pengajian mereka dengan rakan kongsi industri terpilih.

Menurut Idris, pelaksanaan program pembelajaran berasaskan kerja ini merupakan agenda ‘redesigning higher education’ yang membolehkan penuntut di negara ini menimba pengalaman industri dalam tempoh lama tanpa bergantung kepada pembelajaran teori semata-mata. – BERNAMA

Kategori