Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

‘Perhimpunan Perjuangan Bermula Di...

TEMERLOH - 'Perhimpunan Perjuangan Bermula Di Sini' bagi memberi penjelasan mengenai penubuhan parti...

Fad Bocey Nikah 14...

PELAWAK Fad Bocey mendedahkan, dia bakal menamatkan zaman bujangnya 14 Mac ini dengan...

Kakitangan Awam Sri Lanka...

COLOMBO: Sri Lanka meluluskan sistem bekerja empat hari seminggu untuk kakitangan awam bagi...

Real Madrid Mahukan Raheem...

REAL MADRID dilapor sedang menggandakan usaha bagi mendapatkan Raheem Sterling pada musim depan.Ia...

Program Vokasional Sekolah Menengah Harian Diperkemas

KUBANG PASU – Program rintis vokasional untuk pelajar Tingkatan 4 dan 5 di sekolah menengah harian, yang diperkenalkan sejak dua minggu lepas, terus diperkemaskan bagi mengikut keperluan pendidikan dan pekerjaan pada masa ini.

Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Operasi Pendidikan) Datuk Ahmad Tajuddin Jab berkata menerusi program rintis di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Rahman Putra di Gombak, Selangor, pihaknya dapat mengenal pasti isu berkaitan program itu sebelum ia diperluaskan ke sekolah menengah harian terpilih nanti.

“Kita perlu lihat apa isu yang timbul dan pengalaman sekolah yang melaksanakannya…ia kelak menjadi garis panduan sebelum sekolah rintis vokasional di sekolah menengah harian diwujudkan dengan lebih meluas.

“Setakat ini, seramai 25 pelajar yang menyertai program itu memberi maklum balas yang sangat positif,” katanya selepas merasmikan Hari Anugerah Cemerlang SMK Hosba Ke-28 di sini, hari ini.

Kesemua pelajar berkenaan mengikuti kursus industri termasuk automatif, pendingin hawa dan tekstil.


Di bawah program itu, pelajar akan mengikuti latihan amali di industri selama tiga hari dan dua hari di sekolah. Mereka juga akan menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) selain menerima Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) selepas tamat Tingkatan 5.

“Saya yakin program perantis untuk pelajar Tingkatan 4 dan 5 aliran vokasional di sekolah menengah harian membolehkan mereka yang lemah akademik mendapat kemahiran dan kelayakan akademik serentak,” katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Tajuddin menggesa pengetua di sekolah rintis vokasional terpilih supaya bersikap lebih terbuka dalam mencari majikan yang berpotensi untuk pelajar menjalani latihan industri. – BERNAMA

Kategori