Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Ramai Percaya Tohmahan Fitnah...

BAGAN DATUK - Tohmahan dan fitnah yang berulang kali dilemparkan pembangkang terhadap pucuk...

DUN Kedah Tolak Usul...

ALOR SETAR : Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, Datuk Juhari Bulat menolak...

Hishammuddin Punyai Strategi Tangani...

PUTRAJAYA - Pelantikan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sebagai Menteri dengan Tugas-tugas Khas...

Pengurus MRCB Menang Vento...

PUTRAJAYA – Tuah menyebelahi Pengurus Pembangunan Perniagaan Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) Zain...

Program Ziarah Bina Kesedaran Masyarakat

MUAR – Kementerian Kesihatan (KKM) menganjurkan Program Ziarah Kasih Sayang bagi membina kesedaran masyarakat tentang kepentingan penjagaan kesihatan dari awal khususnya di kampung-kampung , kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya.

Beliau berkata menerusi program itu, pemeriksaan kesihatan secara percuma diadakan dan jika terdapat masalah kesihatan mereka akan dirujuk ke klinik atau hospital berdekatan untuk rawatan lanjut.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program Ziarah Kasih Sayang di kawasan Parlimen Muar di sini, hari ini. Turut hadir anggota Parlimen Muar Datuk Razali Ibrahim.

Program itu membabitkan 320 pelatih daripada Insitusi Latihan KKM (ILKKM), 330 anggota KKM serta Puteri dan Putera UMNO kawasan Parlimen untuk mengunjungi rumah penduduk di 19 kampung di daerah ini.

Perkhidmatan yang diberikan adalah pemeriksaan kesihatan asas seperti tekanan darah, paras gula dalam darah dan khidmat nasihat pergigian.

Dr Hilmi berkata Parlimen Muar merupakan destinasi keempat program tersebut selepas Parlimen Balik Pulau, Pulau Pinang, Parlimen Pekan, Pahang dan Parlimen Bagan Datuk, Perak.


Beliau berkata sambutan yang diterima daripada orang ramai amat menggalakkan dan orang kampung khususnya gembira dengan program tersebut apabila jururawat datang melawat ke rumah mereka memberi khidmat pemeriksaan dan nasihat kesihatan secara percuma.

Sementara itu, Razali berkata program tersebut membuktikan keprihatinan kerajaan Barisan Nasioanl (BN) dalam memberi khidmat kesihatan terbaik kepada masyarakat di negara ini.

“Ketika pihak (pembangkang) meminta agar jumlah kakitangan awam dikurangkan bagi menjimatkan kos, kita masih melatih jururawat baharu untuk memberi khidmat kepada masyarakat kerana ia penting dalam pembangunan rakyat,” katanya.

Beliau berkata di Parlimen Muar sahaja terdapat sebuah pusat klinik 1Malaysia, empat buah pusat kesihatan dan 16 Pusat Kesihatan Desa dengan 653 orang kakitangan kesihatan. – BERNAMA

Kategori