Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Stop Snoring Instantly!

AirSnore is a one size fits all mouthpiece and natural oil drops combo...

Kerajaan Johor Sokong Cadangan...

JOHOR BAHRU - Kerajaan Johor hari ini menyatakan sokongan terhadap cadangan meminda Akta...

Babi Hutan 150KG Sesat...

SEEKOR babi hutan seberat 150 kilogram (kg) yang sesat di sebatang jalan di...

Tarif Air Negeri Sembilan...

SEREMBAN - Kadar tarif air di Negeri Sembilan tidak akan dinaikkan sekurang-kurangnya bagi...

Puisi Kemarahan Mutlak Mufti Perlis?

KUALA LUMPUR – Mufti Perlis, Prof. Madya Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin menyiarkan satu puisi di laman Facebook beliau pagi ini.

Puisi itu antara lain mengutuk golongan penyembah lembu yang didakwa mahu membelenggu pendakwah Islam.

Puisi itu menyebut penyembah lembu mahu pendakwa Islam berkenaan diserahkan kepada kerajaan zalim menyembah api dan penganut sati.

Berikut puisi pagi jumaat beliau seperti yang disiarkan di laman Facebook Dr.MAZA.com:

“Apabila yang mempertuhankan lembu bersatu, lantas menyeru agar pendakwah kita dibelenggu..mahu diserahkan kepada kerajaan zalim menyembah api dan penganut sati..pembakar wanita janda..di benua sana..ajaran yang mengkastakan manusia.. sedih, sehingga ada yang dipanggil paria..wajarkah manusia diperlakukan demikian rupa.. betapa menghina insan sesama.. di sini pula tidak pernah mereka berterima kasih kepada apa yang ada..berpakat mereka membuat angkara.. kita tidak boleh berdiam bahasa..toleransi dan kesabaran ada hadnya.”

Meskipun puisi itu tidak menyebut nama mana-mana pihak, majoriti netizen percaya puisi oleh Mohd Asri itu merujuk tentang pendakwah Islam terkemuka, Dr. Zakir Naik.

Agensi Siasatan Kebangsaan India (NIA) sebelum ini mendesak Zakir yang berada di Malaysia supaya pulang ke negara berkenaan.


Ia ekoran Zakir berhadapan dakwaan menghasut golongan muda Islam untuk terbabit dalam keganasan dan menganjurkan permusuhan antara masyarakat berasaskan agama dan kaum.

Pemimpin dan aktivis Pakatan Harapan mendesak kerajaan Malaysia menghalau Zakir keluar dari Malaysia kerana didakwa mengancam keselamatan dan keharmonian negara.

Tokoh politik DAP sebelum ini pernah menyifatkan Zakir yang petah berhujah tentang Islam dan memuslimkan ramai penganut agama lain di seluruh dunia sebagai `setan’. – MYNEWSHUB.CC

Kategori