Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Kisah Mahathir Gigih Panjat...

KESIAN... Baru-baru ini tersebar gambar tular Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr. Mahathir...

PAT Positif PH Utama...

KOTA KINABALU - Panglima Angkatan Tentera (PAT) Malaysia Jen Tan Sri Zulkifli Zainal...

Tampil Klip Video Seksi...

KAHERAH - Padah muncul berbikini sambil ghairah hadam pisang menerusi satu klip video...

Wartawan Didakwa Sebar Berita...

KUALA LUMPUR - Seorang wartawan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini...

Pukul Bekas Tunang: Bekas Pegawai Bank Didenda RM800

KUALA LUMPUR – Akibat berang dengan tindakan wanita yang ingin memutuskan hubungan dengannya, seorang bekas pegawai bank didenda RM800 atau penjara sebulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini selepas mengaku bersalah sengaja mencederakan bekas tunangnya.

Majistret Mahyudin Mohmad Som menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Naufal Mohd Akhir, 27, kerana dengan sengaja menyebabkan cedera terhadap seorang eksekutif bank Nazliawati Che Hassan, 32, dengan menamparnya.

Dia melakukan kesalahan itu di sebuah kondominium, di Setapak, Wangsa Maju di sini pada 11 malam, 16 Mac lepas.

Mengikut fakta kes, mangsa ingin memutuskan hubungan dengan tertuduh kerana tidak tahan dengan sikap lelaki itu yang suka memukul mangsa.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya.


Tertuduh yang diwakili peguam Suriati Arifin merayu dikenakan denda yang minimum atas alasan dia tidak berniat untuk mencederakan mangsa serta ini adalah kesalahannya yang pertama.

Timbalan Pendakwa Raya, Nur Farah Adilah Noordin memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran. – BERNAMA

Kategori