Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Keistimewaan Kewangan Islam Dalam...

DEBARAN kian dirasa menjelang pembentangan bajet 2017 yang dijadualkan berlangsung pada Jumaat, 21 Oktober...

Menteri Turut Bantu Tangkap...

TUMPAT - Dalam kesibukan berkempen pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN)...

Penguasa Kastam, Ahli Perniagaan...

KUALA LUMPUR - Seorang pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) dan seorang ahli...

Ambang PRU14: BN Akan...

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani ditemu bual tentang pendapat beliau...

Pusat Kuarters Pekerja MRT Jadi Model

KUALA LUMPUR – Pusat Kuarters Pekerja (CLQ) Projek Transit Aliran Massa (MRT) bernilai RM250 juta, menjadi pemangkin kepada syarikat-syarikat pembinaan dalam negara untuk mewujudkan fasiliti kuarters pekerja yang lebih baik.

Pengarah Bahagian Standard dan Pematuhan MRT, Syed Mahdhar Syed Hussain berkata kuarters lengkap pertama seumpamanya dalam negara yang beroperasi dari 2012 diangkat sebagai contoh utama dalam penghasilan Piawaian Malaysia (MS) untuk Akomodasi dan Ameniti Pekerja Tapak Pembinaan Sementara.

Menurutnya, piawaian itu kemudian diguna pakai sebagai garis panduan oleh Jabatan Tenaga Kerja (JTK) berkuat kuasa Januari 2016.

“Oleh kerana MS ini dah ada, JTK cakap untuk pembinaan boleh gunakan MS ini sebagai garis panduan minimum. MS pula merujuk kepada CLQ ini sebagai contoh tapi bukan 100 peratus sama,” katanya kepada pemberita selepas memberi taklimat dan membawa wakil-wakil misi warga asing melawat CLQ itu di sini, hari ini.

Taklimat kepada Atase Buruh Kedutaan Bangladesh Sayedul Islam dan Atase Pengangkutan Kedutaan Indonesia Mocahamad Abduh turut disertai Pengarah Komunikasi Strategik dan Hubungan Pihak Berkepentingan MRT, Datuk Najmuddin Abdullah.

MRT mempunyai 13 CLQ yang boleh menempatkan sehingga 9,300 pekerja, mempunyai kafetaria, bilik rawat, surau Jumaat dan kemudahan rekreasi.

Bilik di setiap CLQ yang menempatkan pekerja dari 12 negara itu juga dihadkan kepada lima orang untuk memberikan keselesaan.

Syed Mahdhar berkata, untuk memastikan keselamatan kuarters, selain pintu masuk menggunakan sistem pengecaman wajah, setiap penghuni juga dilengkapkan dengan manual keselamatan semasa kecemasan.


Beliau berkata konsep kuarters itu turut dijadikan model oleh syarikat-syarikat pembinaan, antara lain Petronas dalam projek mereka di Pengerang, Johor.

Sementara itu, Sayedul dalam sidang akhbar kemudian meluahkan rasa puas hatinya dengan kemudahan yang serba lengkap yang disediakan sambil menambah pekerja yang mendapat tidur yang baik, mampu bekerja dengan lebih baik.

Mocahamad juga berkongsi pandangan sama dan menggambarkan MRT meletakkan standard yang tinggi dalam penyediaan kuarters pekerja yang berkualiti dan berharap syarikat lain di Malaysia dapat menyainginya.

Mengenai perjalanan projek MRT, Najmuddin berkata laluan MRT Sungai Buloh-Kajang akan siap sepenuhnya Julai ini seperti dijadualkan, manakala laluan kedua iaitu Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya kini berada pada tahap 6.2 peratus siap. – BERNAMA

Kategori