Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

4 Wanita Antara 20...

KUALA LUMPUR: Kegiatan sindiket penyeludupan migran menerusi jalan laut terbongkar selepas sebuah rumah...

Mat Sabu Tak Tolak...

MUAR - Bekas Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berserta beberapa bekas anggota jawatankuasa...

Komitmen Lain Halang Saya...

IPOH - Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu hari ini menjelaskan komitmen yang...

Faktor Sekuriti, Pelancong Ke...

KUALA LUMPUR - Bermula tahun 2020, rakyat Malaysia yang ingin berkunjung ke negara-negara Kesatuan...

Raja Bomoh Kena ‘Cekup’ Di Hotel

KUALA LUMPUR – Ibrahim Mat Zin atau lebih dikenali sebagai Raja Bomoh yang menjadi ‘buruan’ polis sebelum ini akhirnya berjaya ditahan di sebuah hotel di Segamat Johor, hari ini.

Harian Metro melaporkan, lelaki yang berasal dari Teluk Intan, Perak dipercayai ditahan kira-kira pukul 2.30 pagi.

Baca: Raja Bomoh ‘Pagar’ Malaysia Dengan Meriam Buluh

Pada 19 Mac lalu, polis meminta Ibrahim tampil memberi keterangan berhubung upacara perbomohan yang dilakukannya, konon untuk ‘memagar’ Malaysia daripada ancaman negara asing khusus Korea Utara.

Tindakan Ibrahim itu mengundang pelbagai reaksi masyarakat setempat yang rata-rata menyifatkan perbuatannya itu bertentangan dengan ajaran Islam sekaligus merosakkan imej agama Islam.

Ia bukan kali pertama Ibrahim menarik perhatian umum apabila beberapa hari selepas insiden kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 pada 8 Mac 2017, dia bersama pengikutnya tampil dengan dakwaan mampu membantu pihak berkuasa untuk mengesan pesawat malang itu.


Teknik perbomohannya melibatkan penggunakan buah kelapa dan batang buluh, pada awalnya dianggap sebagai melucukan sebelum dikecam orang ramai. – MYNEWSHUB.CC

Kategori