Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Ewww…Tikus Dijadikan Daging Burger

JIJIK tapi lain pula di Rusia apabila sebuah restoran, Krasnodar Bistro memperkenalkan burger...

RUU Pindaan SOSMA Tidak...

KUALA LUMPUR - Rang Undang-Undang pindaan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA)...

Empat Tangki Gas Dalam...

KUALA TERENGGANU – Seorang mekanik rentung selepas terperangkap di dalam kenderaan pelbagai guna...

Bekas Presiden Pakistan, Pervez...

ISLAMABAD: Bekas Presiden Pakistan, Pervez Musharraf, meninggal dunia pada umur 79 tahun di...

Ramai Tidak Tahu Penerbangan Hari Ini Dibatal

SIBU – Ramai penumpang yang hendak berlepas dari Lapangan Terbang Sibu ke destinasi lain mendakwa mereka tidak mengetahui mengenai pembatalan semua penerbangan hari ini.

Tinjauan Bernama mendapati mereka hanya mengetahui mengenai pembatalan penerbangan sebaik tiba di lapangan terbang.

Berikutan itu ada yang meminda penerbangan kepada hari esok manakala ada yang mengambil keputusan berlepas daripada Lapangan Terbang Bintulu serta menggunakan perkhidmatan bas ekspress untuk meneruskan perjalanan mereka.

Tinjauan juga mendapati penumpang berbaris panjang di kaunter pendaftaran syarikat AirAsia Berhad dan pejabat Malaysia Airport Berhad untuk mengetahui perkara pembatalan itu.

Pihak Malaysia Airport Berhad didapati ada membuat pengumuman berhubung pembatalan penerbangan.

“Saya baru tiba (di lapangan terbang), saya tidak tahu. Saya akan tanya dengan kaunter pendaftaran apa tindakan selanjutnya yang perlu saya lakukan,” kata seorang penumpang yang mahu ke Kota Kinabalu, Norul Mat.

Sujanah Jangbon, 52, yang mahu menghantar anaknya kembali ke Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) berkata sekiranya tidak ada penerbangan langsung hari ini, beliau tidak ada pilihan melainkan menggunakan perkhidmatan bas ekspres ke Kuching malam ini.


Seorang pelajar sebuah institut pengajian tinggi awam di Melaka, Vincent Kiu, 22, berkata beliau akan menukarkan penerbangannya ke esok kerana beliau tidak perlu bergegas untuk kembali ke kampus.

Pembatalan melibatkan 48 penerbangan yang dijadual tiba dan berlepas hari ini.

Ia melibatkan 28 penerbangan MASwings, AirAsia (16) dan Malaysia Airlines (empat).

Pembatalan penerbangan dibuat susulan kejadian sebuah pesawat MH2718 Malaysia Airlines tergelincir dari landasan 10.17 malam tadi.

Pesawat Boeing 737 dari Kuala Lumpur yang mendarat di Sibu itu yang membawa 69 penumpang termasuk krew tergelincir dari landasan kira-kira 1,200 meter dari tempat pendaratan semasa membuat pendaratan dalam hujan lebat. – BERNAMA

Kategori