Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Pembangkang Wujud Sentimen Kebencian...

LUMUT - Sentimen kebencian terutama terhadap kerajaan dalam masyarakat ketika ini terjadi disebabkan...

Isteri Kartunis Zunar Ditahan...

PUTRAJAYA -- Isteri kepada kartunis kontroversi, Zulkifli Anwar Ulhaque atau dikenali sebagai Zunar...

Nekad Pandu 35km Larikan...

DUA lelaki dan seorang wanita ditahan setelah melarikan diri daripada polis sejauh 35...

“Saya Tak Terlibat Dengan...

LANGKAWI - Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengakui tidak terlibat dengan sebarang...

Remaja Ditahan Kenyataan Hina Sultan Terengganu

KUALA TERENGGANU – Seorang remaja berusia 19 tahun diberkas polis selepas mengeluarkan kenyataan berunsur penghinaan terhadap Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin menerusi media sosial.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Rosli Ab Rahman berkata remaja itu yang bekerja sebagai buruh ditahan kira-kira 4.50 petang semalam di Kampung Padang Jambu, Dungun.

Beliau berkata pihaknya turut merampas sebuah telefon bimbit, kad sim dan kad memori daripada remaja itu.

“Hasil siasatan, suspek mengaku membuat kenyataan berkenaan di ruang komen laman Facebook,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Menurutnya penghinaan dalam akaun laman sosial itu dikesan Isnin lepas hasil kerjasama polis dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).


Rosli berkata pihaknya juga sedang memburu seorang lagi remaja berusia dalam lingkungan 20-an dari Dungun, yang merupakan rakan Facebook suspek, kerana turut menulis kenyataan berunsur penghinaan terhadap Sultan Mizan.

“Siasatan terperinci dijalankan berhubung motif kedua-dua remaja berkenaan melemparkan penghinaan terhadap Sultan Terengganu,” katanya.

Remaja itu ditahan reman empat hari untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 233 (2) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Seksyen 4 Akta Hasutan 1948 serta Seksyen 500 Kanun Keseksaan. – BERNAMA

Kategori