Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Al Jazeera Dituntut Mohon...

PUTRAJAYA - Agensi berita antarabangsa Al Jazeera hari ini dituntut memohon maaf kepada...

Dr. Mahathir Disifatkan Pengkhianat...

KEPALA BATAS – Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican...

Alahai Calon PAN Di...

KUALA KANGSAR - Harapan 32,949 orang pengundi Parlimen Kuala Kangsar untuk menyaksikan sendiri...

Etiqa Akan Perluas Ke...

KUALA LUMPUR - Etiqa akan meningkatkan jenama insurans takaful dan amnya dengan memperluas...

Remaja Maut Diserang Jerung Di Australia

SYDNEY – Seorang remaja perempuan berusia 17 tahun maut akibat diserang jerung ketika menjalankan aktiviti meluncur bersama bapanya di barat Australia, lapor agensi berita China Xinhua memetik media tempatan.

Kaki remaja berkenaan cedera teruk akibat dibaham seekor jerung putih dalam satu kejadian pada petang Isnin.

Mangsa diberikan rawatan kecemasan di tempat kejadian sebelum dikejarkan ke hospital berhampiran di perbandaran Esperance namun mangsa disahkan meninggal dunia selepas itu.

Ibu dan adik-beradik mangsa dikatakan turut berada di tempat kejadian.

Kejadian itu adalah yang keempat berlaku di pantai selatan barat Australia dalam tempoh tiga tahun.


Saintis dari Universiti James Cook University Colin Simpfendorfer memberitahu Xinhua, kes serangan jerung kebelakangan ini meningkat susulan peningkatan jumlah orang yang menjalankan aktiviti bermain air di pantai Australia.

Pihak berkuasa tempatan memberi amaran kepada orang ramai untuk menjauhkan kawasan berkenaan dalam waktu terdekat.

“Kami menasihatkan orang ramai tidak menjalankan aktiviti meluncur, berenang atau menyelam di kawasan Wylie Bay sekurang-kurangnya dalam tempoh 48,” kata Jabatan Perikanan Australia Barat. – BERNAMA

Kategori