Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Kontena Jatuh, 23 Tan...

PADANG BESAR - Sebuah kontena yang sedang dipindahkan dengan kren di Pelabuhan Kontena...

Jepun Miliki Peluang Cerah...

KUALA LUMPUR - Jepun mempunyai peluang cerah untuk memenangi tender projek Keretapi Berkelajuan...

Calon SPM Terjejas Banjir...

KEPALA BATAS - Calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Pulau Pinang yang terjejas...

Lelaki Dedahkan Saat Menakutkan...

MENGEJUTKAN….. Seorang lelaki yang ketagih untuk membesarkan bibirnya, terkejut apabila bibir yang telah...

Rempuhan Trak: 4 Maut, Pemandu Masih Bebas

STOCKHOLM – Polis melancarkan operasi skala besar bagi memburu pemandu trak curi yang merempuh orang ramai di luar sebuah pusat beli-belah yang sibuk di pusat bandar semalam, menyebabkan empat maut dan 15 lagi cedera.

Ketua Polis Sweden, Stefan Hector, berkata polis ‘hipotesis awal berkemungkinan mengaitkan kejadian itu dengan serangan keganasan.

Sementara itu, jurucakap polis berkata, seorang lelaki dipercayai ada kaitan dengan serangan itu ditahan namun pemandu masih bebas.

Perdana Menteri Stefan Löfven, yang memendekkan lawatan di barat daya Sweden untuk kembali ke Stockholm, berkata beliau sudah mengarahkan kawalan sempadan negara diperketatkan.

“Pengganas mahu kita takut, mahu kita mengubah tingkah laku kita, mahu kita hidup secara tidak normal, tetapi kita tidak akan melakukannya,” katanya Jika disahkan sebagai serangan keganasan, ia adalah yang pertama seumpamanya di Sweden sehingga meragut nyawa.

Gambar yang diambil di tempat kejadian menunjukkan sebuah trak biru yang besar dengan bahagian bawah kenderaannya remuk merempuh pusat beli-belah Ahlen di sini.


Seorang saksi yang hanya dikenali sebagai Dimitris memberitahu akhbar harian, Aftonbladet, trak itu muncul secara tiba-tiba dan merempuh orang ramai.

“Saya tidak sempat melihat pemandunya kerana saya berlari meninggalkan tempat kejadian secepat mungkin untuk menyelamatkan diri,” katanya. – AFP/BH ONLINE

Kategori