Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Suspek Rompak Rumah Zaquan...

PIHAK polis berjaya menahan tiga suspek yang dipercayai terbabit dalam kes rompak rumah...

‘Kajol’ Tersepit Di Periuk...

TIADA tugas dianggap kecil oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat ketika menghabiskan masa 30 minit...

H5N1: Ayam Masih Selamat...

KUALA LUMPUR - Ayam selamat dimakan, kata Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr....

Sultan Selangor Kesal Dikait...

SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah kesal dan dukacita dengan...

Restoran Dim Sum 90 Tahun Ditutup Sebab Tikus

GEORGE TOWN – Selepas restoran nasi kandar terkenal Line Clear pernah diarahkan untuk tutup beberapa hari kerana isu tikus, kini dua buah restoran terkenal dim sum juga diperintahkan sama.

Media tempatan melaporkan, kedua-dua restoran popular masakan Cina tersebut masing-masing terletak di Lebuh Kimberley dan Lebuh Campbell dikenakan perintah berkenaan jam 2 petang Jumaat untuk tempoh selama 14 hari.

Salah sebuah daripadanya berusia hampir 90 tahun. Terdahulu sepasukan pegawai dari Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Jabatan Kesihatan negeri melakukan pemeriksaan secara mengejut kira-kira pukul 10 pagi.

Arahan penutupan sementara itu atas alasan amalan kesihatan tidak memuaskan. Namun media difahamkan ia dipercayai susulan aduan pelanggan yang kurang berpuas hati dengan tahap kebersihaan di premis tersebut.

Malahan sejumlah bangkai lipas terbiar dan tikus yang sudah lama mati turut ditemui bersepah di bahagian dapur serta setor di kedua-dua restoran berkenaan ketika pemeriksaan dilakukan. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori