Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Anggota Rela Tidak Dalam...

PUTRAJAYA – Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed memberi jaminan bahawa...

Belia Diminta Tidak Sertai...

SIEM REAP (Kemboja) - Golongan belia diminta untuk tidak menyertai perhimpunan Bersih 5.0...

PM Beri Tempoh 7...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan beliau telah...

Umat Islam Di Malaysia...

KUALA LUMPUR - Umat Islam di negara ini akan menyambut Aidiladha pada 24...

Rompak Kedai Serbaneka, 2 Sahabat Dihukum

KUALA LUMPUR – Dua sahabat masing-masing dihukum penjara dan sebatan oleh Mahkamah Sesyen Ampang di sini hari ini selepas mereka mengaku bersalah terhadap pertuduhan merompak sebuah kedai serbaneka.

Hakim Rushan Lutfi Mohamed menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dengan empat sebatan terhadap pencuci kereta, D. Mathews, 27, manakala lapan tahun dengan dua sebatan kepada buruh binaan, S. Devaraj, 21.

Kedua-dua tertuduh didakwa telah bersama-sama melakukan rompak berkumpulan ke atas juruwang, Shahin Islam, warga Bangladesh dengan menggunakan pisau di KK Supermart dan The Superstore, di Jalan Bunga Tanjung 6A, Taman Muda Pandan Indah, Ampang, di sini, pada 3.50 pagi, 10 Mac lepas.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebat

Di Mahkamah Sesyen berasingan, Hakim Azrul Darus menjatuhkan hukuman penjara empat tahun terhadap Mathews dan 40 bulan penjara kepada Devaraj selepas kedua-duanya mengaku bersalah atas pertuduhan cuba merompak seorang anggota polis, Koperal V. Vikneswaran.

Mereka melakukan perbuatan itu di Jalan Maju Jaya 3/1, Taman Lembah Maju, Pandan Indah, Ampang Jaya, di sini, pada 12.45 pagi, 18 Mac lepas.

Kedua-dua mereka didakwa mengikut Seksyen 393 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan boleh juga dikenakan denda.


Terdahulu, mereka yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan dengan alasan mereka adalah penanggung utama keluarga serta berjanji tidak akan mengulangi kesilapan sama.

Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Zuhaini Mahamad Amin memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal berbentuk pengajaran kerana Mathews mempunyai empat rekod kesalahan lampau.

Kedua-dua mahkamah memerintahkan hukuman penjara itu bermula dari tarikh tangkap pada 18 Mac lepas.

Sepanjang prosiding di kedua-dua mahkamah itu, keluarga kedua-dua tertuduh kelihatan menangis. – BERNAMA

Kategori