Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Malaysia Perangi Keganasan Dapat...

KUALA LUMPUR - Rangka kerja perundangan dan peraturan yang dilaksanakan Malaysia dalam memerangi...

‘Mulut Punya Hal’, Remaja...

Semenyih - Pemuda berusia 23 tahun lebam kedua-dua mata dibelasah sekumpulan `mat motor’...

Samsung Lancar Kelas Bestari...

JELI - Sekolah Kebangsaan Ayer Lanas di sini adalah sekolah luar bandar pertama...

Dua Rentung Dalam Kebakaran...

KOTA KINABALU - Seorang wanita dan seorang kanak-kanak lelaki rentung dalam kebakaran sebuah...

Rusia Lancar Kapal Selam Tercanggih Di Dunia

MOSCOW – Kementerian Pertahanan Rusia kelmarin melancarkan kapal selam tentera terbaharu dan paling canggih yang mampu membawa ratusan terpedo dan belayar dengan kepantasan 31 knot.

Kapal selam kelas Yasen yang bertenaga nuklear serta diberi nama Kazan itu dilengkapi pelbagai senjata moden termasuk 300 butir torpedo dan lapan peluru berpandu balistik Kalibr atau Oniks, menurut media tempatan.

Aset baharu dilancarkan di dermaga limbungan Sevmash, Severodvinsk, wilayah utara Rusia itu memang dirancang khas untuk menghancurkan kapal selam musuh, kapal perang, pangkalan tentera laut dan sasaran strategik lain.

Dengan ukuran sepanjang 139 meter itu, kapal selam tersebut dilaporkan mampu mengangkut 90 orang kru dan dapat belayar 100 hari penuh di lautan selain berupaya menyelam hingga kedalaman 600 meter dari permukaan.

Enjin yang dipasang pada kapal selam ini boleh menghasilkan kuasa bersamaan dengan 43,000 tenaga kuda dan persenjataannya dikatakan mampu menembak sasaran tepat pada jarak jauh sehingga 2,400 kilometer.

Media antarabangsa melaporkan, pada majlis pelancaran kapal selam tersebut, Panglima Tentera Laut Rusia, Laksamana Vladimir Korolyov mendakwa, aset tersebut adalah yang paling moden di dunia pada masa ini.


Beliau juga menegaskan, kapal selam ini sangat sukar dijejaki pihak tentera musuh kerana bunyi bising yang dihasilkan oleh enjin canggihnya itu sangat minimum untuk dikesan oleh mana-mana sistem sonar paling baharu.

Pelancaran ini bertepatan detik armada kapal selam Rusia mencatatkan tahap pelayaran yang tidak pernah dicapai sejak era Perang Dingin antara negara itu ketika dikenali sebagai Kesatuan Soviet dengan Amerika Syarikat (AS).

Tahun lalu, seluruh armada kapal selam Rusia mencatat keseluruhan 3,000 hari rondaan yang dianggap Korolyov sebagai sebuah pencapaian paling sempurna. Kapal selam baharu ini dijangka digunakan pada tahun depan.

Pihak tentera laut Rusia berharap dapat memiliki tujuh buah kapal selam jenis ini menjelang 2023. Negara itu memiliki 27 buah kapal selam berkuasa nuklear berbanding AS pula 60 buah. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori