Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Syor Agih Minyak Masak...

BATU PAHAT : Kerajaan Persekutuan disaran menyalurkan bekalan minyak masak bersubsidi terus kepada...

6 Bulan Tiada Job,...

SEBELUM ini, pelakon filem Juvana, Adam Shahz pernah akui bahawa selepas dia memenangi...

Isyarat Trafik Diperlukan Di...

KUALA LUMPUR – Kajian Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) mendapati lintasan...

Agong Berangkat Ke Istiadat...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah tiba di...

Sabotaj 52 Tiang Elektrik, Selatan Thailand Bergelap

PATTANI – Sebahagian kawasan di empat buah wilayah selatan Thailand terpaksa bergelap berikutan serangan khianat yang memusnahkan lebih 50 tiang elektrik awal pagi Jumaat.

Di dalam tempoh kira-kira satu jam bermula 12 tengah malam sehingga 1 pagi waktu tempatan (1 hingga 2 pagi waktu Malaysia), lebih daripada 40 butir bom diletupkan untuk memusnahkan tiang-tiang elektrik terbabit.

“Sebanyak 52 tiang elektrik awam yang dikenal pasti yang melibatkan 19 daerah di wilayah Pattani, Yala, Narathiwat dan Songkla telah pun dimusnahkan pihak tidak bertanggungjawab dalam serangan khianat tersebut.

“Bekalan tenaga elektrik domestik masih belum lagi dapat dipulihkan sepenuhnya di beberapa kawasan yang terjejas,” kata jurucakap tentera Bahagian Ke-4, Kolonel Pramote Prom-in kepada pihak media tempatan.

Selain serangan bom yang memusnahkan puluhan tiang elektrik, pihak penyerang juga dipercayai menabur sejumlah paku, membakar tayar dan melakukan beberapa serangan khianat lain, menurut beliau lagi.

Sabotaj 52 Tiang Elektrik, Selatan Thailand Bergelap

Bagaimanapun Pramote berkata, pihak tentera Thailand belum lagi menerima sebarang laporan kecederaan atau kematian sama ada orang awam atau pasukan keselamatan akibat serangan sabotaj tersebut.


Pihak berkuasa Thailand di wilayah selatan negara itu ujar beliau, masih menjalankan siasatan tentang motif serangan sama ada ia berkaitan dengan majlis menandatangani perlembagaan baharu negara semalam.

Insiden meletus secara kebetulan pada hari Raja Thailand, Maha Vajiralongkorn Bodindradebayavarangkun menandatangani perlembagaan negara itu yang ke-20 bagi membolehkan pilihan raya umum diadakan.

Serangan nekas itu juga berlaku ketika Mufti Mesir, Dr. Shawki Allam sedang berada di selatan Thailand bagi memenuhi jemputan daripada Kementerian Luar Thailand. Beliau dijangka kembali ke Bangkok esok. – BERNAMA

Kategori