Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

14.6 Peratus Populasi Lengkap...

KUALA LUMPUR - Seramai 4,769,909 individu iaitu 14.6 peratus populasi rakyat di negara...

KKLW Cadang Pasang Kabel...

TAWAU - Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah bercadang memasang kabel bawah laut...

Jadi Pencuri Sebab Ketagih...

Linyi (China) - Seorang lelaki berusia 44 tahun disiasat polis selepas lebih 150...

120 Pemilik BMW Raikan...

Kegembiraan jelas terpancar di wajah kanak-kanak itu yang menghidap kanser otot apabila melihat deretan...

Salma Yakin Azri Tak Celup Tangan Anak Di Air Panas

MINGGU lalu, industri hiburan dikejutkan dengan berita bekas pelajar Akademi Fantasia musim ke-9, Azri telah didakwa di mahkamah atas tuduhan mendera anak tirinya dengan mencelup kedua-dua tangan mangsa ke dalam air panas.

Insiden yang berlaku pada Mei tahun lalu itu lantas menimbulkan tanda tanya ramai termasuk mengenai rumah tangganya yang dibina bersama penyanyi, Salma Mentor.

Mengulas perkara itu, Salma Mentor yang juga merupakan ibu mangsa akui terkejut dengan kes perbicaraan di mahkamah berhubung dakwaan terhadap suaminya itu.

Menurut Salma, dia yakin Azri tidak berbuat sedemikian malah, hubungan anaknya Putri Nurul Huda, 10, bersama suaminya juga berada dalam keadaan baik.

Salma Yakin Azri Tak Celup Tangan Anak Di Air Panas

“Sebenarnya saya berasa terkejut apabila kes tersebut dibawa ke mahkamah. Sepanjang pengetahuan saya, hubungan anak (Putri Nurul Huda) dan suami tiada sebarang masalah.

“Bahkan pergaulan kami suami isteri juga berlangsung seperti biasa.

“Bagaimanapun, sekiranya benar Azri melakukan perbuatan tersebut adalah mustahil untuk saya sebagai ibu mengambil sikap lepas tangan dan membiarkan anak menjadi mangsa dera.

“Terus terang, saya dan suami tidak mempunyai sebarang masalah, begitu juga hubungan Azri dengan Putri Nurul Huda sejak kami mendirikan rumah tangga pada 31 Januari 2013.


“Tambahan pula, hubungan anak-anak termasuk anak kedua, Andi Raisya sebenarnya lebih akrab dengan Azri berbanding saya,” katanya kepada sebuah akhbar tempatan.

Pada masa yang sama, Salma turut mengakui dia menganggap kejadian ini sebagai ujian dari Allah SWT supaya menjadinya lebih tabah.

Terdahulu, Azri, 30, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, atas tuduhan mendera anak tirinya.

Atas kes itu, Azri didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan tidak menganggu mangsa.

Kes akan disebut semula pada 15 Mei ini. – MYNEWSHUB.CC

Kategori