Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Kerja, Bermesyuarat Punca Tertinggal...

KUALA LUMPUR - Sebanyak enam kes kematian kanak-kanak akibat ditinggalkan di dalam kereta...

Kenderaan Asing Dari Singapura...

PUTRAJAYA : Kerajaan akan menguatkuasakan Permit Masuk Kenderaan (VEP) kepada semua kenderaan asing...

Anugerah Kasut Emas: Terkini...

KEMENANGAN pasukan Barcelona menerusi jaringan hatrik Lionel Messi di Deportivo pada Ahad lalu...

BNM Lancar Karnival Kewangan...

KUALA LUMPUR - Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini melancarkan Karnival Kewangan Sabah...

SAR Anggota KD Perantau Jatuh Laut Diteruskan

KOTA KINABALU – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) anggota KD Perantau disyaki jatuh laut di perairan Bintulu, Sarawak masuk hari keempat hari ini.

Menurut kenyataan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di sini, pencarian dilaksanakan dengan penambahan keluasan pencarian kepada 5,625 batu nautika persegi iaitu 25 batu nautika barat daya dari Bintulu, namun tiada sebarang penemuan.

“Aset-aset TLDM yang masih berada di kawasan pencarian adalah KD Selangor, KD Perantau, KD Serang dan MV Mega Bakti.

“Aset Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) yang turut terlibat (dalam pencarian) adalah KM Semilang dan KM Siakap dari Bintulu,” kata kenyataan itu.

Pasukan Polis Marin juga turut serta dalam usaha pencarian itu melibatkan aset PSC 56 di pesisir perairan Bintulu dan aset PA 1 di pesisir perairan Miri, sementara pesawat Super Lynx milik TLDM dan Beechcraft B200T milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) turut membantu dalam operasi tersebut.


Anggota terbabit disedari hilang selepas tidak hadir ke perbarisan wajib rutin harian kira-kira 9 pagi pada 17 April lepas dan kali terakhir dilihat berada di bilik rehat kapal itu pada 7.15 pagi ketika dalam pelayaran pulang ke Pangkalan TLDM Lumut dari Pangkalan TLDM Kota Kinabalu di Teluk Sepanggar.

KD Perantau yang membawa kira-kira 80 anak kapal berada di Sabah dan Sarawak selama enam hari selepas melaksanakan ujian penerimaan sistem pengukuran hidrografi. – BERNAMA

Kategori