Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

KR1M 2.0: Kerajaan Serap...

KUALA LUMPUR - Kerajaan menyerap kos pengangkutan barangan yang dijual di bawah inisiatif...

Malaysia Naik Satu Anak...

KUALA LUMPUR - Kedudukan Malaysia dalam ranking bola sepak dunia bagi September tidak...

BN Kalah PRU14 Kerana...

JOHOR BAHRU - Kekalahan Barisan Nasional (BN) yang ditunjangi UMNO pada Pilihan Raya...

Banjir: Sebuah Sekolah Rendah...

MIRI - Sebuah sekolah rendah di daerah Subis, Miri terpaksa ditutup hari ini...

Sarawak Tubuh Agensi Baharu Selia Hulu Rajang

KAPIT – Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Abang Johari Tun Openg hari ini mengumumkan penubuhan sebuah agensi kerajaan negeri yang baharu untuk menyelia pembangunan di Bahagian Kapit dan beberapa kawasan di Bintulu.

Beliau berkata agensi itu, yang ditubuhkan di bawah Ordinan 2006 (4b) Pihak Berkuasa Pembangunan Koridor Serantau (RECODA) meliputi kawasan 38,000 kilometer, iaitu satu pertiga daripada keluasan Sarawak.

Mengumumkan perkara itu dalam sidang akhbar selepas melawat Pameran Pembangunan Kapit di Dewan Suarah Kapit di sini dalam lawatan sulung beliau ke bahagian Kapit selepas menjadi ketua menteri lebih 100 hari yang lalu, beliau berkata agensi itu penting untuk memastikan rakyat di kawasan luar bandar dapat menikmati pembangunan yang dilaksanakan kerajaan.

“(Timbalan Ketua Menteri) Tan Sri James Masing akan menjadi pengerusi Urda manakala (Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah) Datuk Alexander Nanta Linggi pula timbalannya,” katanya.

Abang Johari berkata agensi itu akan mengemukakan laporan berkaitan perancangan dan pelaksanaan pembangunan di kawasan itu kepada Recoda, yang dipengerusikannya.

Ketua menteri berkata kawasan terbabit mempunyai potensi yang sangat besar untuk dimajukan, berikutan terdapat empangan hidroelektrik Bakun, Baleh dan Murum selain mendapan arang batu dan tanah yang luas bagi aktiviti pertanian.


Beliau berkata pelan induk diperlukan bagi pembangunan di kawasan itu, misalnya membabitkan prasarana, oleh itu pihak yang khusus diperlukan untuk menyelaraskan pelbagai agensi dalam melaksanakan pelan induk bagi kawasan berkenaan.

Turut dilantik menganggotai agensi itu ialah Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Ismawi Ismuni, Ketua Pegawai Eksekutif Recoda Tan Sri Wilson Baya Dandot, Residen Kapit dan Bintulu, Sarawak Energy Berhad, Setiausaha Tetap Kementerian Pemodenan Pertanian dan Ekonomi Luar Bandar dan Setiausaha Tetap Pelancongan.

Abang Johari berkata jawatankuasa kabinet utama Program Transformasi Luar Bandar Sarawak akan mempertimbangkan cadangan daripada agensi terbabit dan beliau sendiri selaku ketua menteri akan menyokong pelan pembangunan di kawasan Urda.

Bank Pembangunan Sarawak yang baru diwujudkan akan membiayai pembangunan di beberapa kawasan tertentu dan langkah ini akan mempercepatkan pembangunan di kawasan Hulu Rajang, katanya. – BERNAMA

Kategori