Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Kerajaan Tetap Tidak Benarkan...

PUTRAJAYA : Kerajaan tetap tidak membenarkan pengeluaran simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)...

Minyak Masak ‘Lesap’ Dari...

GEORGE TOWN - Subsidi minyak masak belum lagi ditarik balik, tetapi beberapa kesan...

Aktiviti Pengusahasilan Hutan, Angkut...

KUANTAN - Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) mengesahkan telah mengeluarkan arahan supaya memberhentikan...

Arsenal Semakin Hampir Dapatkan...

ARSENAL semakin hampir mendapatkan Edison Cavani selepas pemain itu memberitahu kelabnya, Paris Saint-Germain...

Sarjan Setia Derma Darah Sejak 38 Tahun Lalu

KUALA NERUS – Seorang anggota polis didapati begitu tekun menyumbang darah sejak tahun 1979 lagi.

Sarjan Wahid Awang, 59, berkata beliau menderma darah pada kali pertama semasa menjalani latihan di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

Beliau yang kini bertugas di Kem PGA Batalion 9, Kubang Badak di sini berkata setakat ini beliau telah menyumbang sebanyak 37 kali dan berhasrat untuk mencapai sasaran 50 kali.

“Memang sasaran saya untuk menderma sebanyak 50 kali, namun pada tahun lepas saya mengalami masalah kesihatan dan tidak mampu lagi berbuat demikian.

“Saya menderma darah atas dasar tanggungjawab dan ingin membantu serta menyelamatkan nyawa insan lain. Untuk menderma yang lain mungkin saya tidak mampu,” katanya ketika ditemui pada kempen derma darah di kem tersebut hari ini.


Pada program yang dilaksanakan sempena Hari Peringatan Polis Ke-210 itu, seramai 100 orang terdiri daripada pegawai dan anggota serta anggota Persatuan Keluarga Polis (Perkep) menyumbang darah mereka bagi mengisi Tabung Darah Hospital Sultanah Nur Zahirah. – BERNAMA

Kategori