Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Ketua Sami Buddha Didakwa...

BANGKOK - Seorang ketua sebuah kuil Buddha berpengaruh di Thailand dan empat pengikutnya...

‘Inspektor Sheila’ Ditahan Kerja,...

KUALA LUMPUR : Pegawai polis wanita yang beberapa kali videonya tular memarahi anggota...

Kit Siang Tidak Sedar...

KUALA LUMPUR - Pemimpin pembangkang veteran, Lim Kit Siang mungkin tidak sedar tentang...

Tengku Puan Pahang Sertai...

KUALA LUMPUR - Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah adalah antara...

Saya Tak Pernah Minta Sekolah Vernakular Dihapus

KUALA KANGSAR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Zahid Hamidi berkata, beliau langsung tidak pernah mencadangkan agar sekolah vernakular dihapuskan.

Sebaliknya, beliau meminta aktiviti kokurikulam di sekolah vernakular dipertingkalan supaya dapat mengukuhkan perpaduan dalam masyarakat berbilang kaum seperti di Malaysia.

“Saya tidak pernah meminta sekolah vernakular dihapuskan. Tolong jangan salah tafsir kenyataan saya. Saya percaya kita perlu mengukuhkan sistem pendidikan bagi menggalakkan integrasi negara.

“Dasar Pendidikan Negara jelas menyatakan bahawa penggunaan bahasa ibunda amat digalakkan di sekolah rendah. Namun kita perlu cari jalan untuk memperkukuhkan pendidikan kokurikulum.

“Ia supaya integrasi dan perpaduan negara dapat dicapai,” kata beliau selepas melancarkan kempen “Ekpresi Negaraku” di Dataran Pavilion di sini pada Sabtu.

Beliau diminta untuk menjelaskan kenyataannya yang mencadangkan sistem pendidikan negara dikaji semula demi kepentingan perpaduan negara tetapi diputarbelitkan pihak tertentu.


Ahmad Zahid dilaporkan menyarankan kajian itu disebabkan sistem yang sedia ada dengan kewujudan pelbagai aliran sekolah menyukarkan interaksi antara kaum dalam kalangan murid.

Semasa sesi soal jawab selepas menyampaikan ucapan di Kuala Lumpur pada Jumaat, Ahmad Zahid dilaporkan berkata kewujudan pelbagai jenis sekolah dari peringkat pra-sekolah sehingga sekolah menengah sebagai halangan untuk mencapai perpaduan negara. – The Star/mStar Online

Kategori