Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

3 Gas Dikesan Jadi...

PUTRAJAYA - Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) mengesan...

Kembar Ini Lahirkan Anak...

PELIK bin ajaib... Sepasang adik-beradik kembar bernama Sarah Mariuz dan Leah Rodgers, 35,...

UMNO Sabah Iktiraf Peranan...

SANDAKAN - UMNO Sabah mengiktiraf peranan Puteri UMNO sebagai salah satu sayap penting...

Tiada Kes Kematian Akibat...

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan tiada kes kematian dapat dikaitkan dengan...

Sayu… Buat Majlis Tahlil Suami, Akikah Anak Serentak

ALLAHUAKBAR… tabah dan cekalnya wanita ini apabila menyambut kelahiran cahaya mata pertamanya seorang diri tanpa kehadiran suami tercinta.

Lebih memilukan, wanita bernama Aziatulamira, 26, terpaksa berhadapan dengan kenyataan bahawa majlis akikah yang sepatutnya dirai penuh cinta bersama suami terpaksa diadakan serentak dengan majlis tahlil arwah suami.

Gambar wanita bernama Aziatul mendakap bayinya ketika majlis akikah dan tahlil arwah suaminya, Izzuddin Hamdan ternyata menimbulkan rasa sebak dan sayu ramai sehinggakan menjadi tular di laman sosial.

Apatah lagi mengenang nasib, kecekalan si ibu yang terpaksa membesarkan anak berseorangan dan si kecil yang langsung tidak dapat merasai kasih seorang bapa.

Benarlah, sesungguhnya ajal dan jodoh rahsia ketentuan Ilahi.

Difahamkan, arwah suami Aziatul meninggal dunia akibat kemalangan ketika usia kandungannya mencecah lapan bulan pada 15 Januari lalu.


Mereka mendirikan rumah tangga pada 20 Mei 2016, setelah beberapa bulan berkenalan.

Semoga wanita ini kuat mengharungi ujian ini. Al-fatihah buat arwah. – MYNEWSHUB.CC

Kategori