Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Ibu Rayu Bantu Bawa...

KUANTAN: Kelegaan seorang ibu melihat anaknya berusia 19 tahun mendapat peluang pekerjaan di...

Video: Madonna Jatuh Tergolek...

PENAMPILAN Madonna memang sentiasa dinanti-nantikan peminat dalam setiap majlis anugerah yang diadakan.Namun, Madonna...

Lelaki Terlibat Kegiatan Pecah...

BUKIT MERTAJAM - Polis menahan seorang lelaki kerana aktif menjalankan kegiatan pecah rumah...

LAMPU 2018 Tarik 200,000...

PUTRAJAYA - Festival Light and Motion Putrajaya 2018 (LAMPU 2018) membuka tirainya malam...

Sedih Batal Majlis, Mia Tak Ambil Baju Kahwin

PELAKON Mia Ahmad atau nama sebenarnya, Shamiha Ahmad Baderi, 29, memberitahu bahawa dia masih berasa sedih kerana terpaksa membatalkan majlis resepsi perkahwinannya di ibu negara.

Jelasnya, dia masih belum mengambil dua pasang baju yang sepatutnya dipakai pada majlis tersebut walaupun sudah siap lebih kurang sebulan yang lalu.

“Saya tak sanggup nak ambil baju-baju tersebut. Saya sedih mengenangkan kami terpaksa membatalkan majlis resepsi kami di Kuala Lumpur.

“Kalau saya ambil pun, saya tak tahu bila nak pakai. Nak pakai pergi majlis hiburan, orang kata saya buang tabiat pula,” katanya kepada mStar Online.

Tambah Mia, dia juga bersyukur dan berterima kasih kepada semua pihak yang  terlibat dalam majlis tersebut kerana memahami  situasi yang dihadapinya.


Mia dan Mohd. Izham Tamizi terpaksa membatalkan majlis resepsi mereka yang sepatutnya diadakan pada 22 Mac lalu kerana kepadatan jadual suaminya yang juga merupakan pemain bola sepak Johor Darul Ta’Zim (JDT). – MYNEWSHUB.CC

Kategori