Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Hormati Sensitiviti Rakyat Dalam...

KUALA LUMPUR - Malaysia mempunyai dasar yang jelas dalam hubungan diplomatik dengan Israel...

Persatuan, Industri Vape Sokong...

KUALA LUMPUR: Beberapa persatuan dan pemain industri vape serta e-rokok menyatakan sokongan usaha...

PDRM Minta Mangsa Middle...

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) meminta kerjasama daripada pemilik akaun Twitter...

Kapal Israel Disekat Berlabuh...

PUTRAJAYA - Syarikat perkapalan yang berpangkalan di Israel, ZIM disekat dan tidak...

‘Semarak Biru’ Tonjol Bakat Anak-Anak Austisme

KUALA LUMPUR – Jika tidak dimaklumkan, tiada siapa menyangka persembahan tarian dan nyanyian yang dipertontonkan pada program Semarak Biru di Dataran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di sini, adalah daripada anak-anak autisme.

Dipersembahkan oleh kira-kira 50 pelajar dan bekas pelajar Program Permata Negara (Permata) Kurnia, kanak-kanak berkenaan memukau lebih 2,000 hadirin pada program bersempena Hari Kesedaran Autisme Sedunia 2017 yang jatuh pada hari ini.

Pengarah program tersebut, Dr Sazlina Kamarulzaman berkata tidak sukar untuk melatih kanak-kanak berusia antara tiga dan enam tahun berkenaan jika menggunakan pendekatan yang betul.

“Kami mengambil masa sebulan sahaja untuk melatih kanak-kanak ini menyanyi dan menari. Masyarakat perlu mengubah persepsi terhadap golongan ini kerana mereka sebenarnya mempunyai potensi serupa dengan kanak-kanak normal,” katanya ketika ditemui Bernama pada program itu semalam.

Turut hadir merasmikan program berkenaan ialah Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Mhd Amin Nordin Abd Aziz.

Dr Sazlina yang juga merupakan tenaga pengajar Permata Kurnia berkata program itu diharapkan dapat meningkatkan kesedaran masyarakat dalam mendekati golongan autisme supaya mereka tidak berasa tersisih.

Sementara itu, bapa kepada salah seorang peserta persembahan, Mohd Azlis Sani Ms Jalil, 39, berkata acara itu bukan sahaja dapat membuka ruang untuk masyarakat mendekati anak-anak autisme malah menjadi platform untuk golongan tersebut membina keyakinan diri.


“Menggalakkan anak-anak autisme bersosial sebenarnya amat penting untuk perkembangan diri mereka sebab itu peranan dan penglibatan semua pihak amat perlu,” katanya.

Sabahanim Mohd Noor, 43, pula berkata banyak perubahan positif yang dilihat selepas anaknya menyertai Permata Kurnia setahun yang lalu.

“Kini lebih mudah untuk berkomunikasi. Faham apa yang dia mahu dan kawal ‘tantrum’nya. Tapi apa yang penting ialah ibu bapa jangan mudah putus asa,” katanya.

Program Semarak Biru dianjurkan oleh Permata Kurnia yang merupakan sebahagian daripada program Permata di bawah naungan isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor. – BERNAMA

Kategori