Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

10 Tips Mudah Jimatkan...

DALAM seminggu pasti beberapa kali kita singgah ke stesen minyak berdekatan bagi mengisi...

Wanita Cedera Tong Gas...

BIDOR - Seorang wanita cedera apabila tong gas memasak tiba-tiba meletup ketika mangsa...

Proton Bakal Dapat Sentuhan...

KUALA LUMPUR - Proton Holdings Bhd. (Proton), yang kini diperkasa oleh Zhejiang Geely...

Obor-Obor Beracun Muncul Kembali...

KUALA TERENGGANU - Obor-obor beracun dikenali sebagai portuguese man o' war atau nama...

Senarai Penuh Pemenang Anugerah DFKL 2017

KEHANGATAN Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2017 (DFKL 2017) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), malam Ahad, masih terasa.

Dalam majlis anugerah itu, drama popular 7 Hari Mencintaiku menang besar apabila membolot enam trofi termasuk kategori utama iaitu Drama Pilihan.

Drama bersiri 28 episod yang ditayangkan menerusi slot Akasia itu turut memenangi kategori Pengarah Pilihan yang menjadi milik Jamal Khan.

Selain itu, peneraju utamanya iaitu Shukri Yahaya dan Siti Saleha memenangi kategori Pasangan Pilihan dan Aktor Pilihan.

Senarai Penuh Pemenang Anugerah DFKL 2017
Shukri Yahaya dan Siti Saleha memenangi kategori Pasangan Pilihan dan Aktor Pilihan menerusi drama 7 Hari Mencintaiku. – Foto Tonton.my

Berikut merupakan senarai penuh para pemenang Anugerah DFKL 2017:

  • Pelakon Lelaki Pilihan: Shukri Yahaya (7 Hari Mencintaiku)
  • Pelakon Wanita Pilihan: Mira Filzah (Cinta Si Wedding Planner)
  • Drama Pilihan: 7 Hari Mencintaiku
  • Pengarah Pilihan: Jamal Khan (7 Hari Mencintaiku)
  • Penulis Skrip Pilihan: PGRs Team (7 Hari Mencintaiku)
  • Antagonis Pilihan: Izzue Islam (Patahnya Sebelah Sayap)
  • Pasangan Pilihan: Shukri Yahaya & Siti Saleha (7 Hari Mencintaiku)
  • Lagu Tema Pilihan: Lelaki Teragung (Dayang Nurfaizah)
  • Drama Radio Pilihan: Terima Kasih Ex
  • Drama Pilihan Tonton VIP: Meh Sandar Pada Aku
  • Drama Pendek Pilihan: Kongsi Kalau Malu

Pemenang sembilan kategori utama membawa pulang trofi sumbangan TV3.


Anugerah DFKL bagi edisi keempat ini dianjurkan rangkaian televisyen Media Prima Berhad, TV3 dan TV9 telah membuka undian kepada penonton di laman web DFKL sejak 1 Februari hingga 20 Mac lalu bagi memilih pemenang untuk tujuh kategori utama yang dipertandingkan.

Selain kategori utama, DFKL 2017 turut mempertandingkan kategori Drama Pendek Pilihan, yang menyaksikan karya Mohammad Shafie Seyed Mohamed, Syalikh Nazrul dan Rodhwan Uvaise iaitu Kongsi Kalau Malu sebagai juara dan meraih hadiah wang tunai RM10,000. – MYNEWSHUB.CC

Kategori