Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

“Saya Tak Benci Dia,...

KUALA LUMPUR - Hanya satu perkataan yang mampu menggambarkan perasaan Bella Astillah sekarang...

5,000 Jemaah Sertai Solat...

SHAH ALAM - Suasana sedih menyelubungi Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di...

Penyerang Kamal Adli Tidak...

SINGAPURA - Mahkamah Singapura tidak membenarkan lelaki yang didakwa menyerang pelakon Kamal Adli...

Inspektor Polis Ditahan Rogol...

DUA wanita Mongolia disyaki dirogol inspektor polis yang mengurung mereka di sebuah bilik...

Seorang Lagi Mangsa Cedera Parah Nahas, Meninggal Dunia

SEREMBAN – Seorang lagi kanak-kanak perempuan yang cedera parah dalam kemalangan di KM 12, Jalan Pasir Besar menghala ke Rompin, Gemas, petang semalam, meninggal dunia, menjadikan jumlah mangsa korban seramai tiga orang.

Ketua Polis Daerah Tampin, Supt Hamazah Ab Razak berkata mangsa yang maut dikenali sebagai K. Vharshiena , 11 yang meninggal dunia pukul 8.45 malam, ketika dirawat di Hospital Kuala Pilah malam tadi.

“Dalam kemalangan petang semalam, dua daripada empat beradik yang menaiki kereta dipandu ibunya maut di lokasi kejadian. Vharshiena ketika itu mengalami kecederaan parah dan dibawa ke Hospital Kuala Pilah untuk rawatan lanjut, tetapi telah meninggal dunia ketika dirawat akibat kecederaan di kepala,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Dalam kejadian pukul 5.30 petang itu, mangsa yang maut ini bersama tiga lagi adik-beradiknya menaiki kereta jenis Honda City yang dipandu ibu mereka, telah bertembung dengan sebuah kereta jenis Proton Waja dari laluan bertentangan.


Kemalangan itu, telah meragut dua nyawa iaitu abangnya K. Dhaneshwar , 14, dan adik perempuannya K. Dhenissha , 9, di lokasi kejadian. Manakala seorang lagi adik perempuannnya K. Nareshwar , 7, dan ibu mereka K. Thavamani, 36, cedera parah.

Nareshwar kini dirawat di Hospital Kuala Pilah manakala Thavamani dirawat di Hospital Segamat, Johor. – BERNAMA

Kategori