Friday, January 10, 2025

Creating liberating content

105,342 Botol Wain Dirampas...

JOHOR BAHARU - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Johor merampas 105,342 botol minuman...

Ali Hamsa Serah Sumbangan...

LABUAN - Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa hari ini menyampaikan...

KPM Sambut Baik Bina...

PADANG TERAP – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyambut baik cadangan kerajaan untuk membina...

Memang Salah, Silap Saya,...

TEMERLOH - "Memang salah saya...silap saya. Segala cemuhan, kritikan dan teguran saya terima...

Seorang Maut, 2 Cedera Kereta Bertembung Lori

MIRI – Seorang penumpang maut manakala dua lagi cedera selepas kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori treler di KM 17, Jalan Samalaju-Bintulu, hari ini.

Pegawai Operasi Balai Bomba Bintulu, Mohd Ishak Amran berkata, mangsa tersebut dikenal pasti sebagai Cyprian Rima Mengga, 23, dari Rumah Bundong Sungai Kapit, Kapit, yang duduk di bahagian belakang kereta berkenaan.

Seorang Maut, 2 Cedera Kereta Bertembung Lori

“Dua yang cedera ialah pemandu serta penumpang yang duduk di hadapan kereta berkenaan dan kedua-duanya sudah dihantar ke Hospital Nyabau untuk mendapatkan rawatan,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Katanya, mangsa maut di tempat kejadian.


Beliau berkata pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan dan semasa kejadian lori treler itu sedang dalam perjalanan ke Miri manakala kereta tersebut dari Samalaju ke Bintulu.

Beliau berkata, Balai Bomba Samalaju telah menerima panggilan pukul 1.40 pagi ini mengenai kemalangan tersebut dan sampai ke lokasi kejadian pada pukul 1.58 pagi untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kereta itu. – BERNAMA

Kategori