Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

SIA Mohon Krew Kabin...

SINGAPURA – Ketika jirannya, Malaysia Airlines Berhad bakal mewujudkan syarikat penerbangan baharu dan...

Guru Tabika Rugi RM1,850...

KUCHING – Seorang guru Taman Bimbingan Kanak-kanak (Tabika) di Belaga dekat Bintulu menjadi...

Jokowi ‘Malu’ Bentuk Koc...

JAKARTA - Ketika Malaysia ceria menikmati perkhidmatan Mass Rapid Transit (MRT) yang jadi...

Rakyat Muak Dengar Sasaran...

KOTA KINABALU - Perbincangan mengenai sasaran kerusi untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15)...

Seorang Maut, 2 Pelajar Parah Motor Bertembung

KOTA TINGGI – Seorang penganggur maut manakala dua pelajar tingkatan dua cedera parah dalam kemalangan membabitkan dua motosikal di jalan utama Kampung Tembioh, di sini, semalam.

Lelaki berkenaan, Ibrahim Edin, 39, yang tinggal di kampung tersebut, meninggal dunia selepas sejam menerima rawatan di Hospital Kota Tinggi.

Dua pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Laksamana, Mohamad Zamri Abdul Razak 14, beralamat di Jalan Wayang, di sini dan rakannya, Muhammad Khuzaieriey Abdullah, 14, dari Kampung Tembioh, pula mengalami cedera parah dan berada dalam keadaan koma.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supt. Rahmat Othman berkata dalam kemlangan pukul 1.30 tengah hari itu, motosikal yang dinaiki oleh dua pelajar berkenaan gagal memotong sebuah lori lalu hilang kawalan sebelum merempuh motosikal yang dinaiki Ibrahim di laluan bertentangan.


“Kedua-dua pelajar tersebut masih dalam keadaan kritikal dan dirujuk ke Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru,” katanya di sini hari ini.

Katanya, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – BERNAMA

Kategori