Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

JPJ Terima 143 Rayuan...

KUALA NERUS - Hanya dalam tempoh dua jam, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu...

Parlimen Switzerland Sah Duit...

KANTOI LAGI.... Parlimen Switzerland di Bern semalam mengesahkan dana 104 juta Swiss Franc...

MKN Senaraikan Aktiviti Dilarang...

SHAH ALAM - Majlis Keselamatan Negara (MKN) menyenaraikan aktiviti dilarang sepanjang tempoh pelaksanaan...

MCA Optimis Lapan Calonnya...

PRU15 | MCA optimis lapan calonnya di Pahang dengan majoriti adalah muka baru,...

Seorang Maut Gempa Bumi 5.1 Gegar El Salvador

SAN SALVADOR – Gempa bumi berukuran 5.1 magnitud menggegarkan El Savador semalam, menyebabkan seorang maut dan dua lagi cedera.

Kementerian Alam Sekitar menerusi Twitter berkata, gempa itu berlaku pada kedalaman empat kilometer bawah permukaan, pada jam 5.32 petang waktu tempatan di wilayah Antiguo Cuscatlan berhampiran ibu negara, San Salvador.

Polis berkata, mangsa terbunuh apabila batu jatuh ke atas kenderaan dinaikinya di lebuh raya di timur San Salvador.

November lalu, gempa bumi kuat luar berukuran 7.0 magnitud menggegarkan El Savador dan Nicaragua, tetapi tiada kematian atau kerosakan dilaporkan. Pertubuhan Palang Merah pula berkata dua lagi dibawa ke hospital selepas cedera di kawasan sama.

Ketua Perlindungan Sivil, Jorge Melendez, berkata beberapa penduduk dipindahkan dari kediaman mereka disebabkan kejadian batu runtuh.

Radio melaporkan gegaran menyebabkan kesesakan lalu lintas dan gangguan bekalan elektrik di beberapa kawasan.


Ia adalah yang terkuat dirasakan selepas siri lebih 100 gegaran yang dirasakan sejak kelmarin.

Pada November 2015, gempa bumi berukuran 5.4 menggegarkan pesisir pantai El Savador tetapi tidak menyebabkan sebarang kecederaan. – AFP

Kategori