Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Pelantikan Najib Tidak Jejas...

MARANG - PAS tidak mahu mencampuri urusan yang berlaku dalam Barisan Nasional (BN)...

Kementerian Pendidikan Tinggi Tiada...

BESUT - Kementerian Pendidikan Tinggi hari ini menolak dakwaan bahawa pihaknya terbabit dengan...

Pesta Timba, Tangkap Ikan...

TUMPAT - Pesta menimba dan menangkap ikan 'darat' yang diadakan di Kampung Jal...

Ahli Farmasi Kesal Ubat...

KENAIKAN harga barang semakin ketara selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 lalu sekali...

Seorang Maut Helikopter Black Hawk Terhempas

LOONARDTOWN – Seorang maut sementara dua lagi cedera semalam selepas sebuah helikopter tentera Black Hawk terhempas di atas padang golf di Maryland, Amerika Syarikat (AS) ketika penerbangan rutin.

Tentera Daerah Washington dalam satu kenyataan berkata, punca nahas masih disiasat.

Seorang saksi berkata, dia ternampak serpihan jatuh daripada pesawat itu dan seorang lagi memaklumkan ia berpusing sebelum terhempas.

“Kami mengucapkan takziah kepada keluarga dan rakan yang terjejas akibat tragedi ini dan pasukan kami kini menumpukan usaha memberi sokongan ketika menghadapi waktu sukar,” kata Panglima Tentera Ibu Pejabat Serantau dan Tentera Daerah Washington, Mejar Jeneral Bradley A Becker.

Tentera berkata, tiga kru berada dalam pesawat UH-60 Blackhawk untuk menjalani latihan apabila ia terhempas di Leonardtown, kira-kira 97 kilometer di tenggara Washington pada jam 1.40 tengah hari waktu tempatan.


Kenyataan berkata, seorang mangsa cedera parah manakala seorang lagi kritikal.

Bagaimanapun, nama mangsa belum didedahkan sebelum keluarga terdekat dimaklumkan. – AP/BH ONLINE

Kategori