Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Kerajaan Pahang Turut Bantah...

KUANTAN - Kerajaan negeri Pahang turut membantah tindakan pengurusan Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)...

Khat, Dong Zong Dan...

KUALA LUMPUR - Isu khat sekarang ini betul-betul membuktikan bahawa mata pena adalah...

Nahas Elmina: Abang Ipar...

KLANG : "Dia golongan yang dipelihara Allah SWT," kata abang ipar Allahyarham Ustaz...

1.53 Bilion Unit Saham...

KUALA LUMPUR - Kerajaan melalui Kementerian Pertahanan memperuntukkan sebanyak 1.53 bilion unit saham...

Seorang Penganggur Didakwa Bunuh Bapa Kandung

KANGAR – Seorang penganggur berdepan hukuman mati setelah dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh bapa kandungnya di rumahnya di Padang Besar, dekat sini, minggu lepas.

Tertuduh Amirul Amin Amran, 24, didakwa membunuh Amran Ariffin, 53, di rumah tidak bernombor di Batu 4 ½, Jalan Padang Melangit, Padang Besar, antara pukul 7.20 dan 7.30 malam, 14 April lepas.

Pendakwaan dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Amril Johari mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Amirul Amin turut didakwa atas satu lagi pertuduhan iaitu cuba membunuh diri menggunakan sebilah pisau di tempat dan waktu yang sama.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara setahun atau denda atau kedua-duaanya.


Bagaimanapun, tertuduh hanya mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan namun tiada pengakuan direkodkan di hadapan Majistret Mohd Azhar Hamzah.

Tertuduh diwakili peguam Syed Muhammad Anwar Syed Lokman Hakim.

Mohd Azhar menetapkan 17 Julai depan untuk sebutan semula kedua-dua kes tersebut sementara menunggu laporan perubatan dan bedah siasat. – BERNAMA

Kategori