Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Video Guling MB Timbul...

IPOH - Naib Pengerusi DAP Perak, Dr. Abdul Aziz Bari berkata pihak tertentu...

Ahli Parlimen PKR Keluar...

KUALA LUMPUR - Sejumlah sembilan Ahli Parlimen PKR yang bertindak keluar parti hari...

Waytha Moorthy Diberi 7...

SUNGAI PETANI - Gabungan Badan Bukan Kerajaan (NGO) mendesak Menteri di Jabatan Perdana...

Skuad Bawah 13 Tahun...

KUALA LUMPUR - Skuad Bawah 13 Tahun (B-13) negara melangkah ke final Ibercup...

Seorang Wartawan Ditembak Mati Di Mexico

MEXICO CITY – Seorang wartawan ditembak mati di La Paz, Baja California semalam, iaitu serangan keenam dalam tempoh sebulan setengah ke atas wartawan di Mexico dan keempat menyebabkan kematian.

Pegawai di negeri Baja California Sur yang enggan dinamakan, mengesahkan kematian Maximino Rodriguez.

Rodriguez dikatakan berkerja dengan sebuah syarikat akhbar internet tempatan, Colectivo Pericu.

Menurut akhbar tempatan, wartawan itu ditembak ketika berada dalam kenderaannya tengah hari semalam di tempat letak kenderaan di sebuah kedai yang dikunjungi bersama dan isterinya.

Isterinya tidak cedera. Pada 28 Mac lalu, seorang wartawan dibunuh di Los Cabos berhampiran Paz. – AP/BH ONLINE

Kategori