Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Saudi Mungkin Mengaku Wartawan...

WASHINGTON - Arab Saudi sedang menimbangkan kemungkinan untuk mengaku bahawa wartawan Jamal Khashoggi...

Tak Haram, Umat Islam...

KUCHING - Pihak berkuasa agama Islam di Sarawak tidak akan mengisytiharkan Pokemon Go...

Tiada Kereta Kebal Di...

PUTRAJAYA - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menyangkal laporan kononnya aset tentera dikerah ke...

Chef Wan Ditahan Di...

AKIBAT dijangkiti kuman di bahagian paru-paru (Bronkitis), chef selebriti bertaraf antarabangsa, Chef Wan atau...

Serina Redzuawan Nafi Sudah Cerai, Harap Doa Peminat

SEJAK kebelakangan ini, pelakon dan pengacara Serina Redzuawan sudah jarang dilihat muncul dalam mana-mana kaca televisyen, barangkali kerana sibuk menguruskan keluarga tersayang.

Bagaimanapun, namanya kembali menjadi sebutan pihak media sejak awal Januari lalu selepas muncul desas-desus menyatakan rumah tangganya bersama suaminya yang merupakan lelaki Inggeris kini sedang bergoyang.

Khabar angin itu bertebaran gara-gara ada yang mendakwa anak cef selebriti terkenal ini telah pergi ke sebuah mahkamah syariah.

Serina bagaimanapun enggan mengulas lanjut khabar angin tersebut pada ketika itu.

Terbaharu, Serina menafikan mereka sudah bercerai namun, akui rumah tangganya bersama Gavin Edward sedang bergolak.

Menurutnya, meraka dalam proses perbincangan dan masing-masing masih lagi dapat mengawal keadaan rumah tangga yang dibina itu.

“Dalam proses maknanya belum lagi bercerai. Kami masih lagi dalam proses perbincangan dan belum naik mahkamah sebab kita nak berkahwin satu perkara yang baik mendirikan masjid, jadi bila kita nak berpisah tu apa pun kena berfikir dan berbincang betul-betul.


“Dalam perkahwinan ini juga tidak ada yang nak bersatu kemudiannya bercerai. Justeru doakanlah yang terbaik agar masalah ini dapat diselesaikan, insya-Allah. Pastinya tiada kena mengena dengan orang ketiga,” katanya kepada Media Hiburan.

Serina mendirikan rumah tangga bersama Gavin Edward O’luanaigh atau nama Islamnya Salahudin Ghafar pada tahun 2010.

Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata, iaitu Tristan Tareef dan Isabella Saffiya. – MYNEWSHUB,CC

Kategori