Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Baju Merah Tanda Solidariti...

BERSATU... Ratusan orang ramai memakai baju warna merah berkumpul di Kompleks Mahkamah Kuala...

Agak-Agaknya Apa Rahsia Tubuh...

JIKA semalam rahsia awet muda pelakon dan pengacara terkenal Pak Nil atau Datuk...

Tular Pelajar Terkencing Ditahan...

DITANGKAP oleh pihak polis semasa menunggang motosikal tanpa lesen adalah satu perkara yang...

12 Kawasan Diramal Catat...

Kuala Lumpur : Sebanyak 12 kawasan di empat negeri diramalkan mengalami suhu panas...

Setahun Dalam Hutan, Tak Tahu Rancangan Dibatalkan

BAYANGKAN apa perasaan peserta realiti ini apabila mereka telah menghabiskan masa selama setahun di dalam hutan di kawasan pedalaman tanpa tahu rancangan berkenaan telah dibatalkan?

Lebih malang pembatalan rancangan tersebut langsung tidak dimaklumkan kepada mereka?

Itu yang berlaku kepada 23 peserta rancangan realiti di United Kingdom, Eden yang diterbitkan oleh Channel 4. Ia sama seperti rancangan Survivor dan pesertanya diletakkan di kawasan pedalaman tanpa bekalan elektrik dan peralatan moden.

Semua peserta terbabit ditemani oleh empat kru dan mereka terpaksa berdikari untuk hidup.

Malangnya rancangan itu hanya disiarkan sebanyak empat episod sahaja pada Julai 2016, sebelum ia tiba-tiba dihentikan kerana rating yang teruk.

Walaupun rancangan itu dibatalkan, peserta tidak dimaklumkan dan mereka terus berada dalam hutan.


13 daripada peserta terbabit telah meninggalkan hutan disebabkan pelbagai faktor termasuk kelaparan, cemburu, kesihatan dan bergaduh.

Meskipun Channel 4 dikecam ramai, namun ia bertegas bahawa rancangan terbabit akan keudara semula pada tahun ini. Butiran lanjut mengenainya bagaimanapun tidak didedahkan.

Channel 4 juga tidak dapat mengesahkan sama ada terdapat peserta yang meninggalkan rancangan terbabit. – MYNEWSHUB.CC

  • Lagi berita berkaitan:
  • hutan

Kategori