Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Pelabuhan Malaysia Antara Tercekap...

PUTRAJAYA - Pelabuhan Malaysia merupakan antara yang paling cekap di dunia dengan keupayaan...

PM Tidak Jelas Dasar...

ISKANDAR PUTERI - Kerajaan Johor menerusi jawatankuasa ditubuhkan Kerajaan Pusat berkaitan isu pemilikan...

Amaran Angin Kencang, Laut...

KUALA LUMPUR - Angin kencang barat daya berkelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam...

Misha Omar Risau Anak...

PETALING JAYA - Penyanyi Misha Omar berasa bimbang jika anak angkatnya, Muhammad Adam...

Siasatan Kes Bunuh Bekas ADUN Tak Pernah Dihentikan

KUALA NERUS – Polis Terengganu tidak pernah menghentikan siasatan kes pembunuhan bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alor Limbat, Alias Abdullah pada Oktober 2015.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Rosli Ab Rahman berkata siasatan dan risikan diteruskan bagi mencari petunjuk baharu walaupun kes bunuh itu berlaku hampir dua tahun lalu memandangkan ia dikategorikan sebagai kes berprofil tinggi.

“Memang siasatan ini mengambil masa yang agak lama,” katanya kepada pemberita selepas program ramah mesra dan ronda cakna Skim Rondaan Sukarela (SRS) bersama Ketua Polis Terengganu, di sini, malam tadi.

Katanya gerakan memburu suspek masih giat dilakukan dan polis yakin kes itu akan dapat diselesaikan dengan kepakaran dan bantuan Bukit Aman.


Alias maut akibat ditembak pada jarak dekat oleh seorang lelaki tidak dikenali di rumahnya di Kampung Alor Limbat, Bukit Payong, Marang selepas pulang daripada solat Jumaat.

Rosli berkata polis juga masih menyiasat kes pembunuhan sepupu Alias, Mat Jusoh Ali, 56, atau dikenali dengan panggilan Cikgu Zaki, yang ditembak dua bulan sebelum itu iaitu pada 9 Ogos. – BERNAMA

Kategori