Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Edar Dadah: Kontraktor Ke...

GEORGETOWN - Seorang kontraktor dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di...

Maut Dirempuh, Digilis Treler...

MALANG nasib seorang lelaki apabila dia dirempuh oleh sebuah treler secara tiba-tiba ketika...

Mahathir Mungkin Bertanding PRU15

SHAH ALAM - Tun Dr Mahathir Mohamad memberi gambaran berkemungkinan bertanding pilihan raya...

Menteri Kewangan Diberi Tempoh...

PUTRAJAYA - Menteri Kewangan, Lim Guan Eng diberikan tempoh masa selama 24 jam...

Sidang Kemuncak ASEAN Ke-30 Bermula

MANILA – Sidang Kemuncak ASEAN Ke-30 bertemakan, ‘Kerjasama Untuk Perubahan, Melibatkan Dunia,’ sidang kemuncak pemimpin tertinggi pertama yang menyaksikan Filipina selaku tuan rumah pada tahun ini, dibuka secara rasmi.

Tema itu menggambarkan usaha Manila untuk menggalakkan perpaduan dalam kalangan 10 negara anggota Asean dan rakannya di peringkat global.

Ini merupakan sidang kemuncak antarabangsa pertama yang dihoskan oleh Presiden Filipina Rodrigo Duterte selepas beliau mengambil alih jawatan itu pada Jun tahun lepas.

Delegasi Malaysia diketuai oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Delegasi Perdana Menteri termasuklah Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan.


Selain menyertai sidang kemuncak itu, Perdana Menteri akan turut mempengerusikan Sidang Kemuncak Kawasan Segitiga Pertumbuhan Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT) Ke-10 serta menghadiri Sidang Kemuncak Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur Brunei-Indonesia-Malaysia-Filipina (BIMP-EAGA) Ke-12 yang akan dipengerusikan oleh Duterte.

Perdana Menteri turut dijangka menyampaikan ucap tama pada Sidang Kemuncak ‘Kesejahteraan Untuk Semua’ anjuran Majlis Penasihat Perniagaan Asean (Asean-BAC).

Kali terakhir Najib berada di Manila adalah bagi Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) pada 2015. – BERNAMA

Kategori