Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Lebih Banyak Struktur Sabo...

KUALA LUMPUR - Kerajaan bercadang untuk membina lebih banyak ‘struktur sabo’ di seluruh...

Polis Yakin Suspek Bunuh...

KUALA TERENGGANU - Polis Terengganu percaya suspek yang menikam seorang ibu tunggal warga...

Jabatan Kesihatan Terengganu Nafi...

KUALA TERENGGANU - Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu menafikan pihaknya telah mengeluarkan satu kenyataan...

Lelaki Lari Dari Mahkamah...

REMBAU - Suspek yang melarikan diri ketika pertuduhan kes dadah di Mahkamah Majistret...

Singapura Pasang Peranti Di Bilik Air Kawal Tabiat Mandi

SINGAPURA – Peranti pintar yang mengukur jumlah air digunakan semasa mandi akan dipasang di 10,000 buah rumah dalam masa beberapa tahun akan datang, menurut laporan media tempatan.

Inisiatif dilakukan agensi utiliti awam (PUB) itu menyaksikan tender peralatan canggih dibekalkan di bawah satu projek perintis yang diberi nama Program Mandi Bijak dan akan dilancarkan pada suku pertama tahun depan.

Merujuk kepadal satu kajian yang pernah dijalankan Universiti Nasional Singapura (NUS) dari Julai 2015 hingga Mac 2016, PUB menyatakan secara purata setiap keluarga boleh jimat sekitar 5 liter air setiap seorang setiap hari.

Kadar itu mampu dicapai jika isirumah disediakan dengan maklumat masa nyata mengenai penggunaan air semasa mandi sekali gus mungkin membantu keluarga menjimatkan sekitar 3 peratus daripada bil air bulanan mereka.

Ini bermakna kediaman dipasang alat pengukur yang dikaji NUS itu didapati kurang menggunakan air ketika mandi manakala rumah tanpa dilengkapi peranti tersebut pula lebih kerap membazirkan bekalan air tangki tanpa disedari.

Baca: Bil Air Di Singapura Naik 30% Cetus Kritikan

Tender pembekalan alat itu, yang akan dilancarkan pada Jumaat ini dan ditutup hujung Mei depan, bertujuan untuk memanfaatkan ekonomi skala bagi usaha penghasilkan peralatan tersebut secara besar-besaran, menurut PUB lagi.

Pada Mac lalu, Parlimen Singapura mengumumkan bil air dinaikkan 30 peratus sekali gus menyaksikan pengguna domestik perlu bayar S$2.74 (RM8.64) bagi setiap kubik meter atau 1,000 liter untuk mengurangkan pembaziran.


Agensi milik pemerintah itu menambah bahawa ia akan memanfaatkan idea-idea daripada pihak industri untuk memperbaiki ciri-ciri peralatan mandi pintar yang ada di pasaran sekarang bagi mengawal tabiat mandi rakyat.

Ini termasuk cara alternatif dalam menyediakan maklum balas secara masa nyata mengenai penggunaan air semasa mandi, dan membolehkan pengguna sendiri memuat turun data itu ke telefon, tablet dan komputer riba mereka.

Hasil penambahbaikan peranti berkenaan dalam jangka masa panjang diharap dapat membolehkan PUB memantau usaha pengurangan penggunaan air berlebihan dalam kalangan rakyat Singapura. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori