Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Anwar Dan Juak-Juak Ke...

KUALA LUMPUR - Seperti biasa Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri...

Elaun Tinggi, Salah Guna...

PETALING JAYA - Kira-kira 180 jenis elaun, tuntutan kerja lebih masa (OT) yang...

Peratusan Keluar Mengundi Dijangka...

TUMPAT - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangkakan peratusan keluar mengundi pada Pilihan Raya...

PTPTN Mahu Pasti Beban...

KUALA LUMPUR – Beberapa langkah bagi bantu peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional...

Skandal Kaya Luar Biasa: Adam Rosly Direman 5 Hari

PUTRAJAYA – Ketua Angkatan Muda PKR Ampang, Datuk Adam Rosly ditahan reman selama lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ia berhubung dakwaan pengubahan wang haram. Perintah reman tersebut dikeluarkan oleh Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab. Rahman selepas membenarkan permohonan daripada pihak SPRM.

Ini juga bagi membolehkan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 4 (1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA).

Baca: Adam Rosly Ditahan SPRM Isu Kekayaan Luar Biasa

Juga: Isu Banglo Disney – Ini Pesan Adam Kepada Adam

Skandal Kaya Luar Biasa: Adam Rosly Direman 5 Hari

Adam, 28, yang tiba di Mahkamah Majistret di sini dengan memakai baju lokap SPRM berwarna jingga dan tangan bergari kelihatan tenang dan tersenyum ketika menjejak masuk ke mahkamah tersebut.


Beliau yang tiba dengan diiringi dua pegawai SPRM turut disambut lesu oleh sekumpulan kecil penyokongnya yang telah berkumpul awal di perkarangan kompleks Istana Kehakiman sejak pukul 9 pagi.

Kekayaan luar biasa Adam yang juga pegawai khas Ahli Parlimen PKR Ampang Jaya, Zuraida Kamaruddin didedah Pengerusi Gerakan Baju Merah, Datuk Seri Jamal Md. Yunos tahun lalu. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori