Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Beri Peluang Bakat Muda...

KOTA BHARU - Pihak berkaitan perlu memberi perhatian kepada bakat muda dan memberi...

BN Tawar Pendidikan Tadika...

PETALING JAYA : Sistem asuhan dan pendidikan awal nasional percuma untuk semua kanak-kanak...

12,829 Notis Peringatan Dikeluarkan...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 12,829 notis peringatan telah dikeluarkan kepada penghuni premis yang...

Pengurus Besar PPK Didakwa...

ALOR SETAR : Seorang Pengurus Besar Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) mengaku tidak bersalah...

SKM Tambah Baik Dasar Mantap Keupayaan Koperasi

KOTA BHARU – Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) akan terus membantu mengembangkan prestasi koperasi di seluruh negara melalui penambahbaikan dasarnya tahun ini.

Naib Pengerusi Eksekutif Dasar dan Pembangunan SKM Mat Deris Jusoh berkata penambahbaikan yang kini dalam peringkat akhir perbincangan itu bertujuan memberi ruang lebih besar kepada koperasi untuk melancarkan perniagaan masing-masing sekali gus menjana pendapatan lebih lumayan.

“Melalui pindaan dan penambahbaikan ini, koperasi yang berjaya akan dilantik sebagai mentor kepada koperasi lain dalam bentuk perkongsian ilmu.

“SKM juga akan mewujudkan penarafan koperasi mengikut kecemerlangan penjanaan kewangan dan pengurusan yang melayakkan koperasi mendapat kelebihan lain termasuk pinjaman melalui Tabung Modal Pusingan dengan jumlah sehingga RM10 juta bagi membesarkan perniagaan mereka,\” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Sri Nilam Berhad ke-43 di sini hari ini yang turut dihadiri Pengarah SKM Kelantan Amran Abd Kadir dan Yang Dipertua Koperasi Sri Nilam Berhad Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail Al Haj.

Mat Deris berkata SKM juga telah menyediakan ‘blueprint’ bagi enam sektor perniagaan berpendapatan tinggi iaitu sektor perkhidmatan kewangan, pemborongan dan peruncitan, perladangan, hartanah, kesihatan dan penjagaan diri serta pertanian bagi membantu memantapkan keupayaan koperasi.


“Usaha pemerkasaan koperasi ini antara usaha kerajaan dalam mencapai sasaran perolehan berjumlah RM50 bilion menjelang 2020. Kita yakin mampu mencapai sasaran itu berdasarkan jumlah perolehan ketika ini yang sudah mencecah RM39 bilion,” katanya.

Beliau berkata sehingga kini, terdapat 13,428 koperasi di seluruh negara dan 80 peratus daripadanya bergiat aktif dalam penjanaan pendapatan dalam sektor perniagaan masing-masing dengan didominasi perkhidmatan kewangan.

Sementara itu, Tengku Ahmad Rithauddeen berkata dalam situasi ekonomi mencabar sekarang, Koperasi Sri Nilam Berhad terus mengekalkan rekod pencapaian membanggakan dengan keuntungan RM1.8 juta tahun lepas, melepasi sasaran RM894,650.

Beliau berkata dividen lapan peratus atau RM1.2 juta akan diagihkan kepada 1,400 anggotanya, menyamai dividen tahun lepas. – BERNAMA

Kategori