Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

MCMC Turun Padang Tangani...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) terus mempertingkatkan usaha menangani...

Nelayan Ditembak Di Perairan...

KOTA KINABALU - Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sabah, Datuk Salehuddin Abd. Rahman mengesahkan...

MB Johor Minta Tidak...

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin meminta semua...

Stok RON97 Habis, Ada...

Beberapa buah stesen minyak di Lembah Klang dilaporkan kehabisan stok petrol RON97 pada...

Skuad Tinju Tekad Sumbang Pingat Sukan SEA 2017

KUALA LUMPUR – Skuad tinju kebangsaan bertekad untuk menyumbangkan pingat pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, sekaligus menebus kekecewaan pada edisi 2015 di Singapura.

Pengurus skuad tinju kebangsaan, Datuk Rahman Lariwoo yakin kegagalan mengutip sebarang pingat di Kota Singa itu dapat ditebus berdasarkan persiapan rapi yang dilakukan peninju negara.

Beliau berkata sebagai persediaan terakhir menghadapi Sukan SEA, peninju negara akan menjalani latihan di Kazakhstan, selain menyertai dua kejohanan peringkat antarabangsa di Uzbekistan pada 28 April hingga 8 Mei, diikuti di Azerbaijan pada 10 hingga 19 Mei.

“Kami bersedia sepenuhnya untuk menghadapi Sukan SEA. Mereka (peninju) akan berkampung di Kazakhstan dari Mei hingga Julai, dan menyertai Kejohanan Tinju Konfederasi Asia di Tashkent, Uzbekistan dan Sukan Perpaduan Islam di Baku, Azerbaijan.

“Kazakhstan sebuah negara yang melahirkan ramai peninju handalah selain mempunyai kualiti kejurulatihan yang baik sekaligus mampu memberi banyak manfaat kepada peninju negara,” katanya

Beliau berkata demikian pada sidang media Program Kita Juara 2017 bersama skuad tinju di Majlis Sukan Negara (MSN) di sini, hari ini.


Sebelum ini, Rahman menyasarkan satu pingat emas, satu perak dan satu gangsa dalam acara tinju pada Sukan SEA kali ini, selepas menilai prestasi dan kemampuan peninju negara berbanding pencabar dari negara lain.

Ketua jurulatih skuad tinju kebangsaan, Azmi Yunus pula berkata peluang meraih pingat akan menjadi lebih cerah sekiranya proses pengundian memihak kepada peninju negara.

Beliau berkata peninju negara sering tidak bernasib baik apabila diundi bertemu pilihan utama di peringkat awal pada dua edisi sebelum ini, sekaligus menjejaskan sasaran pingat yang ditetapkan.

Sebagai rekod, pencapaian terbaik skuad tinju negara pada Sukan SEA adalah pada 2009 di Laos apabila berjaya meraih dua pingat emas dan satu gangsa. – BERNAMA

Kategori