Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

376 Penerbangan Tambahan Sempena...

TIGA syarikat penerbangan tempatan menambah sebanyak 376 penerbangan lewat malam pada tambang rendah...

Adab Bila Menumpang Kereta...

JIKA sudah bekerja, anda seharusnya pandai memandu. Tak kiralah motosikal atau kereta. Bukan...

Keluar Dari Zon Selesa,...

SERDANG - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggesa pemimpin...

Semua Kampung Ada Akses...

KENINGAU - Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menyasarkan untuk menyediakan akses jalan...

Skuad Tok Gajah Semai Minat Sukan Di Kalangan Pelajar

KUANTAN – Lebih 500 orang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Paya Besar di sini teruja apabila berpeluang bertemu pemain Pahang secara dekat pada Program Jejak Juara Tok Gajah hari ini.

Program yang diperkenan Presiden Persatuan Bolasepak Pahang (PBNP), Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah itu antara lain diisi dengan aktiviti solat hajat, menyarung jersi kepada pasukan bola sepak sekolah itu dan jamuan ramah mesra.

Penyelaras program, Datuk Seri Abdul Hamid Mohd Nazahar yang juga Timbalan Ketua UMNO Kuantan berkata tujuan program itu diadakan ialah untuk beramah mesra di antara pihak pengurusan skuad Pahang dengan peminat muda terutama dalam kalangan pelajar.

Abdul Hamid berkata sekolah itu turut dipilih berdasarkan prestasi cemerlang dalam akademik dan kokurikulum.

“Program pertama kali diadakan atas titah perkenan presiden PBNP, Tengku Abdul Rahman itu secara langsung dapat meningkatkan minat pelajar untuk terlibat dalam sukan bola sepak.

Tidak mustahil suatu hari nanti ada di kalangan mereka yang akan menyertai skuad bola sepak Pahang, dan untuk pemain sendiri, moral mereka pastinya akan meningkat kerana menyedari ramai penyokong terutama golongan muda mengagumi aksi mereka di atas padang,” katanya pada sidang media di sini.


Hadir pada majlis itu ialah Pengurus Pasukan Pahang, Datuk Che Nasir Salleh, Ketua Jurulatih Pahang Dollah Salleh dan Pengetua SMK Paya Besar, Datin Ezizah Hashim.

Sementara itu, Che Nasir berkata program itu dilihat mencapai sasaran sebagaimana diharapkan dan tidak mustahil ia diteruskan sebagai acara jelajah ke sekolah-sekolah sekitar Pahang.

“Ini adalah permulaan dan kita akan teruskan program sama selepas ini tetapi ia bergantung kepada perkenan presiden PBNP selain kesesuaian masa sebab kami terikat dengan jadual latihan dan perlawanan yang agak padat musim ini,” katanya. – BERNAMA

Kategori