Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

DUN Selangor Kecoh Wakil...

SHAH ALAM - Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di sini hari ini...

Betul Ke Rita Rudaini...

Ingatkan pertelingkahan antara pelakon sensasi Rita Rudaini dan bekas suaminya, pemain bola sepak...

9 Ditahan Edar Dadah...

KUALA LUMPUR - Tiga wanita antara sembilan ditahan disyaki terlibat sindiket pengedaran dadah...

Perancis Benar Golongan OKU...

PARIS - Golongan orang kelainan upaya (OKU) yang diletakkan di bawah jagaan mahkamah...

Soo Wincci Akui Sunyi Solo, Tak Nak Terburu-Buru

RAMAI rakan selebriti seangkatan dengannya telah pun melangkah ke fasa baharu iaitu alam rumah tangga.

Namun Ratu Cantik Malaysia 2008, Soo Wincci masih lagi dengan pendiriannya yang tidak mahu terburu-buru dalam mencari pasangan hidup.

Pun begitu, Wincci menerusi laman Media Hiburan mendedahkan bahawa dia terkadang terasa sunyi kerana masih lagi solo.

Soo Wincci Akui Sunyi Solo, Tak Nak Terburu-Buru

“Sebenarnya perasaan saya pada suatu ketika saya memang sunyi. Tetapi sekarang bagi saya sesebuah perkahwinan itu semata-mata untuk berkahwin sahaja,” katanya.

Walau bagaimanapun, selebriti berusia 31 tahun ini mempunyai alasan tersendiri kenapa memilih untuk menjadi solo buat masa sekarang.

Jelasnya, ramai dalam kalangan rakan-rakannya berdepan masalah dalam rumah tangga dan perkahwinan yang dibina tidak bahagia.

“Sebab banyak rakan kenalan saya mereka di Facebook nampak gembira namun realiti sebenar mereka menangis. Dan mereka tak sanggup hadapi masalah rumah tangga mereka.


“Jadi jangan terburu-buru sehinggalah sudah betul-betul bersedia. Sebagai contoh lagi, ramai kawan saya kahwin kerana dipaksa keluarga.

“Makanya jangan, kalau sudah jodoh sampai terimalah, jika sebaliknya biarlah lambat asalkan selamat,” jelasnya.

Soo Wincci Akui Sunyi Solo, Tak Nak Terburu-Buru

Secara tidak langsung pengalaman orang sekeliling turut memberi kesan kepadanya lalu mengambil langkah untuk ‘berhati-hati’ dalam memilih pasangan. Biarlah lambat asalkan selamat.

Apa pun, kami pasti peminat-peminat Wincci mendoakan yang terbaik buatnya dan berharap selebriti pujaan mereka ini berjaya menemui lelaki yang berjaya mengetuk pintu hatinya. – MYNEWSHUB.CC

Kategori