Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Rasmi 50 Pokok Tropika...

WASHINGTON DC - Bukan satu, dua atau tiga, tetapi 50 batang pokok tropika...

Wanita Disaman RM46K Selepas...

SEORANG wanita terkejut apabila menerima surat saman bernilai RM46,000 selepas terlibat dalam satu...

Pau Ayam Panggang Comel...

ALAHAI comelnya!!! Melihat gambarnya pun sudah membuatkan ramai geram dan tak sabar-sabar ingin...

Viral Aksi Tari Yang...

RAKAMAN video aksi seorang lelaki gemuk menari di sebuah tasik dengan penuh konfiden menjadi...

SOP Baharu Tangani Masalah Jalan Berlubang

KUALA LUMPUR – Kementerian Kerja Raya akan memperkenalkan prosedur operasi standard (SOP) baharu bagi kerja-kerja turapan jalan raya yang rosak, kata menterinya Datuk Seri Fadillah Yusof.

Beliau berkata kementeriannya melalui Jabatan Kerja Raya (JKR) dan kontraktor berdaftar akan bekerjasama meneliti SOP baharu supaya setiap kerja turapan itu dilakukan dengan kaedah yang sama.

“Masalah yang sering kali berlaku adalah disebabkan ‘third party’, maksudnya pihak itu mengorek lubang untuk menggantikan paip air, menukar kabel elektrik, kabel telefon dan sebagainya.

“Mereka sering menimbulkan masalah turapan apabila tidak diratakan dengan sebaiknya. Oleh itu, segala kerja-kerja turapan itu mestilah dilaksanakan oleh mereka yang berkemahiran seperti JKR, kontraktor berdaftar yang telah melalui proses dan memahami kaedah membuat tampalan,” katanya pada persidangan Dewan Negara hari ini.


Fadillah menjawab soalan tambahan Senator Siti Aishah Shaik Ismail yang ingin tahu prosedur bagi melaksanakan kerja turapan jalan bagi kerosakan jalan yang teruk untuk diturap sepenuhnya.

Beliau berkata kebanyakan pihak yang menjalankan kerja turapan adalah mereka yang tidak melalui proses turapan yang betul, dan kerja tampalan itu tidak mematuhi standard yang telah ditetapkan. – BERNAMA​

Kategori