Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Kaitan TRX Dengan 1MDB...

KUALA LUMPUR – Perkembangan baharu dan keyakinan antarabangsa terhadap projek Tun Razak Exchange...

Ribut Tropika Kuat Nesat...

KUALA LUMPUR: Ribut Tropika Kuat Nesat yang berada di kedudukan 19.7°Utara 117.2°Timur di...

Satu Kad Untuk Semua...

KUALA LUMPUR - Dengan hanya satu kad yang diperlukan, anda boleh menggunakan semua...

Laluan Sesak Di Depan...

GUA MUSANG : Proses pengundian di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Asap, di...

SPRM, PKPMP Jalin Kerjasama Tingkat Integriti

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan (PKPMP) bersetuju bekerjasama untuk memperbaiki pentadbiran mahkamah supaya lebih mampan dan teguh dari sudut integriti.

Kerjasama itu dibincangkan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad dan Ketua Pendaftar, Datuk Seri Latifah Mohd. Tahar dalam satu pertemuan hari ini.

Menurut kenyataan SPRM yang dikeluarkan bersempena pertemuan itu, kedua-dua pihak bersetuju untuk bekerjasama dalam penambahbaikan pentadbiran Mahkamah Khas Rasuah.

Menurut SPRM, kedua-dua pihak juga bersetuju bekerjasama dari segi berkongsi maklumat dan pandangan dalam isu berkaitan rasuah, salah guna kuasa serta peningkatan kemampuan dalam melaksanakan penguatkuasaan undang-undang serta memelihara integriti dalam badan kehakiman negara.


“SPRM berharap inisiatif ini akan dapat memelihara dan meningkatkan keyakinan rakyat terhadap kedua-dua organisasi ini,” kata suruhanjaya itu. – BERNAMA

Kategori