Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Bapa Elfira Minta Sufian...

BAPA kepada aktress, Elfira Loy iaitu Ahmad Sabri Ariffin menggesa agar penyanyi, Sufian...

Jenazah Pendaki Malaysia Akan...

SHAH ALAM - Jenazah pendaki Malaysia, Zulkifli Yusof, 37, yang meninggal dunia semasa...

IKBN Latih 15,000 Belia...

BACHOK - Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) bercadang melatih 15,000 belia terdiri daripada...

Isu Tanah Terbiar Antara...

PUTRAJAYA – Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) menjangkakan isu tanah terbiar antara...

Suami Isteri ‘Bergusti’ Di Landasan Kapal Terbang

SEBUAH pesawat China Eastern Airlines ke Chengdu, Sichuan terpaksa ditunda gara-gara sepasang suami isteri ‘bergusti’ di landasan Lapangan Terbang Changsui di Kunming, Yunnan pada Selasa.

Akhbar South China Morning Post melaporkan, penerbangan domestik tersebut yang sepatutnya berlepas pada jam 11 pagi terpaksa ditunda selama setengah jam akibat pergaduhan antara pasangan suami isteri berkenaan.

Pasangan tersebut dikatakan bergaduh selepas turun dari sebuah bas untuk menaiki kapal terbang sebelum berlaku aksi tolak menolak dan tarik menarik antara mereka.

Ketika pergaduhan itu berlaku, wanita terbabit ditolak hingga terjatuh dan baju lelaki itu terkoyak akibat ditarik wanita tersebut.

Susulan kejadian itu, kedua-dua mereka dihalang daripada memasuki pesawat dan penerbangan diteruskan kira-kira pukul 11.28 pagi serta selamat sampai di Chengdu pada 12.36 tengah hari.


Hasil siasatan mendapati pasangan suami isteri itu dalam proses penceraian susulan sudah tidak serasi dalam perhubungan mereka. – MYNEWSHUB.CC

Kategori