Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Pengisytiharan Harta Sudah Lama...

SEREMBAN - Pengisytiharan harta bukan suatu perkara baru tetapi ia sudah lama diamalkan...

Chong Wei Mula Langkah...

KUALA LUMPUR – Jaguh perseorangan negara Datuk Lee Chong Wei membuka kempen di...

Lebih Separuh Masjid Di...

RIYADH - Meskipun ada hampir 100,000 buah masjid di Arab Saudi, lebih separuh...

Video: Pencuri Motor Dipaksa...

Antara sakit dipukul dengan mendapat malu yang teramat; mana lebih berkesan untuk dijadikan...

Suami Ugut Bunuh Isteri, Mertua Ditahan

MIRI – Seorang lelaki berusia 40 tahun yang mengancam hendak membunuh isteri dan ibu bapa mentuanya ditahan polis di Kampung Tunku Abdul Rahman, Batu 10 Lambir, dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Miri, ACP Khoo Leng Huat berkata, selain melakukan ugutan jenayah, suspek yang bekerja sendiri itu telah mencekik leher isterinya yang berumur 37 tahun dalam kejadian yang berlaku pada pukul 10 malam, Ahad lepas.

“Suami mangsa membawa parang dan mengancam mahu membunuh mangsa serta ibu bapa mangsa yang tinggal di Tudan dan bimbang dengan ugutan itu, mangsa bersama anak-anaknya melarikan diri dari rumah tempat mereka tinggal bersama,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Khoo berkata, menurut isteri mangsa, suspek yang pernah menjalani rawatan pemulihan penagihan dadah di Kuching adalah seorang panas baran dan sering bertindak ganas apabila marah.

“Tidak tahan dengan sikap suspek, mangsa tidak berani balik ke rumah dan terus membuat laporan polis,” katanya sambil menambah kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah. – BERNAMA

Kategori